“Saya selesa & serasi dengan dia..” – Aidit Noh nafi bercinta dengan Rita Rudaini?

Aidit Noh nafi bercinta dengan Rita Rudaini

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini mengakui banyak menerima lamaran menerusi mesej peribadi di Instagram daripada lelaki muda yang ingin mengahwininya.

Pelakon berusia 42 tahun itu juga berkata dia tidak kisah sekiranya berjodohan dengan lelaki muda asalkan mereka matang dan menyayangi dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Terbaru, menurut laporan Utusan Online, pelakon kacak Aidit Noh mengakui dia selesa berdamping dengan pelakon drama Tak Beli Tak Cinta itu kerana sifatnya yang periang dan mudah didekati.

“Baru-baru ini kami terbabit dalam produksi drama Congirl terbitan Zeel Production. Kak Rita merupakan bintang utama siri tersebut, sementara saya cuma terbabit menerusi beberapa episod.

“Sewaktu menjalani penggambaran di Budapest, Hungary, barulah ada beberapa babak yang mempertemukan kami berdua. Walaupun pertama kali digandingkan, kami cukup serasi,” kata pemilik nama penuh Ahmad Aidit Noh itu.

Namun ketika menjawab spekulasi dirinya menjalin hubungan istimewa dengan Rita, jejaka berusia 25 tahun ini berkata dia belum sedia memikirkan soal cinta kerana masih bergelar seorang siswa di sebuah institusi pengajian tinggi.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Kak Rita saya anggap sebagai seorang kakak dan rakan artis yang banyak membatu di set penggambaran drama tersebut,” tambahnya.

Bagus la kalau macam tu! Biar orang kenal dengan bakat yang ada, bukan dengan spekulasi pada setiap masa. 

Sumber : Utusan Online