“Sejarah Mungkin Berulang?” – Muatnaik Foto Bersama New Boyz, Tomok Bagi Hint?

Penyanyi Tomok seolah-olah memberi bayangan untuk membuat kemunculan semula bersama kumpulan New Boyz.

Tomok memuat naik foto bersama anggota kumpulan New Boyz iaitu Lan, Jay, Along dan Zack menerusi sebuah entri Instagramnya hari ini.

Ditubuhkan pada 1999 dgn album pertama melalui hitz singlenya ‘Sejarah Mungkin Berulang’ New Boyz muncul dengan identiti awal remaja.

Ketika itu vokalis Tomok masih berumur 15 tahun, New Boyz dianggotai oleh Tomok sebagai vokalis, Syuk sebagai pemain bass, Jay sebagai pemain gitar utama, Lan sebagai pemain gitar kedua dan Along bertindak sebagai pemain drum.

Begitulah berikutnya dengan album kedua sehinggalah album ketiga Syuk bertindak menarik diri atas komitmen sendiri. Tempat Syuk digantikan oleh Zack.

Posting tersebut ternyata mendapat perhatian peminat yang mahu anggota New Boyz kembali bersatu dan membuat kemunculan semula.

Malah, kapsyen yang ditulis Tomok juga sudah cukup membuatkan peminat teruja.

“Banyak yang kami lalui bersama… Adakah sejarah itu akan berulang?

“Tomok, Lan, Jay, Along, Zack, New Boyz,” tulisnya.

Kumpulan ini bukan sahaja mencetuskan fenomena dikalangan remaja Malaysia, yang juga turut berjaya menembusi pasaran di Singapura,Indonesia dan Brunei. Ini sekaligus menjadikan New Boyz antara kumpulan remaja paling popular ketika itu.

Malah, penjualan album New Boyz juga sangat memberangsangkan sehingga membolehkan mereka mendapat anugerah platinum bagi album pertama yang berjudul New Boyz yang mana album tersebut telah terjual sebanyak lebih 100,000 unit.

Menerusi ruangan komen, peminat sudah mula berkongsi rasa tidak sabar untuk melihat New Boyz bersatu membuat kemunculan semula.

Rata-ratanya menunjukkan sokongan penuh dan mula mengimbas kembali kenangan ketika New Boys menjadi fenomena suatu ketika dulu.

azidahtulakmar :Syuk mane? My febret artis zaman muda mudi…ape yg xkumpul psl new boyz..majalah ,kaset,surat khabar segala lahhh…nostalgia sgt..all the best to all of u@tomokofficial

notenafiq : Syuk xde ke….@tomokofficial
mimie_suezira_khanNewboyz…
safrie_halim@syuksaux
suebijer@szeiqa saja ja…hahahaa
mairanajmiera@zaramokhtar85 mne la tau..dkt fb syuk ckp yg die xde ig…fb pun stahun skali bkak…

afriadi_gusri_ :Rindu kalian nyanyi bareng lg kyk dulu

aril9300 : semua dh dewasa tua mcm ak gak.. hahaha

su3r4iduh : oh my
wan_nornaema@wanhafizah_aziz pulau inspirasi

rosmawatie85Allah rindu new boyz dulu zaman sekolah minat giler kt syuk dan tomok
melbianaWow… Lama x nmpk new boyz bersama…

Terdahulu, New Boyz mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan album pertama melalui hitz singlenya Sejarah Mungkin Berulang.

Bukan itu sahaja,mereka juga turut tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Kumpulan Paling Popular pada tahun 2001.

Setelah penghasilan album Semula Padaku, New Boyz seakan menyepi disebabkan penjualan album yang tidak memberangsangkan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penjualan album yang terbantut yang dialami oleh keseluruhann artis Malaysia.

Foto: Instagram @tomokofficial