“Semua kelam kabut masa tu, kami bergegas lari masa berlaku gemp4 bumi“ – Nana dan Zoey kongsi detik cemas ketika gemp4 bumi berlaku.

PENYANYI Siti Nordiana berkongsi detik cemas dan panik ketika gemp4 bumi berlaku di Sapporo, Jepun pada pukul 9.22 malam, Khamis (waktu tempatan).

Siti Nordiana, 35, atau lebih mesra dipanggil Nana berkata dia kelam kabut apabila menerima mesej penggera kecem4san serta dapat rasai geg4ran yang kuat dan terus bergegas untuk turun ke bawah apartmen.

Menurut penyanyi lagu Hatiku Milikmu, kejadian itu berlaku ketika dia sedang bermain telefon bimbit dan bernasib baik masih berpakaian lengkap dengan bertudung.

“Kejadian tu berlaku ketika saya tengah bermain telefon bimbit dan tiba- iba dapat mesej bunyi penggera kecema5an. Semua orang dapat mesej yang sama. Waktu tu juga tiba-tiba rasa geg4ran yang kuat.

“Memang kelam kabut sebab pertama kali saya lalui benda ni. Memang terus capai apa beg dan barang penting. Nasib baik masa tu saya masih berpakaian lengkap dengan bertudung.

“Terus turun ke bawah. Masa nak tekan lift tu dah panik sebab tak boleh buka tapi beberapa saat kemudian baru boleh dan semua orang sudah berada di bawah apartmen,” katanya kepada mStar Online.

Nana yang baru sahaja tiba ke Malaysia kira-kira pukul 5 petang, Jumaat bercuti bersama syarikat penerbangan AirAsia ke negara tersebut sejak Isnin lalu.

Menurut Nana, apa yang berlaku merupakan pengalaman yang sangat menakutkan memandangkan dia tidak pernah lagi melalui detik cemas seperti itu.

“Pengalaman yang sangat menakutkan. Tak pernah hadapi benda ni. Selepas kejadian gempa bumi itu, saya naik ke bilik dan tidur dengan berpakaian lengkap iaitu menutup aurat sebab berjaga-jaga takut gegaran tu berulang kembali,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon Zoey Rahman yang turut serta dalam percutian bersama Nana memberitahu dia berasa gementar apabila gegaran berlaku selama 10 saat dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

Menurut Zoey, kejadian tersebut merupakan pengalaman keduanya selepas pernah merasai gegaran g3mpa bumi di Jakarta pada tahun lalu.

“Masa tu memang gementar juga dan semua jadi huru-hara. Memang panik sebab saya pernah lalui benda yang sama masa di Jakarta tahun lalu.

“Ketika gempa bumi tu berlaku, saya tengah kemas-kemas barang untuk pulang ke Malaysia pada pagi keesokan. Alhamdulillah semuanya selamat,” katanya.

Sumber dari mStar