Simpati AR Badul Dikejarkan Ke IJN Selepas Sakit Jantung, Ini Bantuan Yang Terbaru Dihulurkan

PELAKON dan pelawak AR Badul dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada petang Ahad selepas mengadu sakit dada dan badannya berpuluh.

Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.

“Abang (Badul) tidak ada sejarah sakit jantung atau penyakit lain. Semalam dia kena mengejut di rumah. Secara tiba-tiba badannya berpeluh dan dia minta saya bawa ke klinik.

“Namun, saya terus bawa ke bahagian kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan barulah doktor beritahu abang ada masalah jantung dan dirujuk ke IJN.

“Setiba di IJN dan selepas pemeriksaan, abang menjalani pembedahan kecil bagi membuka semula salur darah di jantung yang tersumbat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Maizatul, suaminya berada dalam keadaan stabil dan masih dalam pemantauan doktor untuk tempoh 48 jam.

“Alhamdulillah, selepas pembedahan kecil semalam, abang dilaporkan stabil. Namun, dia masih ditempatkan di CCU untuk pemantauan. Jika tak ada apa-apa komplikasi lain, Insya-Allah dia akan dipindahkan ke wad biasa esok,” katanya.

Maizatul berkata, Badul perlu menjalani satu lagi prosedur sama dan berharap semua rakan dan peminat Badul dapat mendoakan kesihatannya.

Isterinya Maizatul Othman berkata, suaminya menerima serangan jantung major iaitu agak serius namun berada dalam keadaan stabil.

“Dia mengadu sakit dada dan berpeluh peluh ketika sedang menyiapkan skrip, kemudian kami bawa ke klinik kira-kira pukul 4 petang Ahad dan dia terus dibawa ke IJN.

“Alhamdulillah keadaan dia stabil dan kini lebih baik dari semalam,” ujarnya kepada mStar Online.

Simpati AR Badul Dikejarkan Ke IJN Selepas Sakit Jantung, Ini Bantuan Yang Terbaru DihulurkanAR Badul kini berada dalam keadaan stabil. Foto ihsan Juita Johari

Tambah Maizatul, ini merupakan kali pertama AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie, 69, diserang penyakit tersebut.

Katanya, buat masa ini mereka hanya mengikut prosedur rawatan yang disediakan pihak hospital.

“Doktor sudah memasang dua ring jantung (stent) bagi melebarkan salur darah. Ini kali pertama dia kena serangan jantung, buat masa sekarang kami hanya mengikut prosedur yang diaturkan pihak IJN,” ujarnya.

AR Badul merupakan pelakon popular yang mula melibatkan diri dalam dunia perfileman pada tahun 1970-an dan aktif sehingga kini khususnya karya-karya komedi.

Antara filem lakonananya ialah Panglima Badol, Si Badol, Manis-Manis Sayang, Mr Os, Kembar Siam dan Senario The Movie.

Dia juga banyak berlakon drama televisyen tempatan.

Sebelum ini, ketika ditemuramah, Badul mahu dikenang sebagai otai, legenda

Simpati AR Badul Dikejarkan Ke IJN Selepas Sakit Jantung, Ini Bantuan Yang Terbaru Dihulurkan

Kecuali generasi muda, siapa yang tidak kenal dengan nama pelakon dan pelawak otai AR Badul yang sudah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Kalau mengenangkan kembali filem dilakonkan atau diarahkan Badul, boleh dikatakan kebanyakannya masih segar dalam ingatan kebanyakan peminat.

Namun, Badul tahu, zaman kegemilanganya semakin hari semakin jauh berlalu, malah tidak berangan untuk melalui perkara seumpama itu sekali lagi.

“Not my time anymore (Bukan masa saya lagi). Tidak terlintas di fikiran saya untuk kembali membawa watak Badol seperti dalam filem terdahulu,” katanya sambil memberi contoh seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sewaktu allahyarham masih hidup, kata Badul, seniman itu begitu hebat tetapi pada ketika terkemudian, beliau berdepan dengan kemunculan begitu ramai pelawak serta bakat baru.

“Cukuplah, biarlah kami menjadi legenda,” katanya kepada Malaysiakini.

AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 67, ditemui pada sidang media pelancaran single dan perkenalan artis Padi Record di Kuala Lumpur kelmarin.

Badul satu ketika dulu begitu popular sebagai pelawak pentas, selain membuat kemunculan dalam banyak filem seperti Panglima Badol, Tuan Badol, Oh Fatimah, Pening-Pening Lalat dan Penyamun Tarbus.

Ketika membuat persembahan pentas, Badul pernah berpasangan dengan Allahyarham R Jaafar yang dianggap begitu serasi.

Jangan sakit hati

Bercerita mengenai zamannya, Badul berkata, dia tidak memilih naskhah yang hendak dilakonkan dan bersyukur apabila filem lakonannya sering diulang tayang.

Dari situ, katanya, dia tahu akan selalu ada orang yang mengingatinya.

Menurut anak AR Tompel itu, industri seni selalu ada pasang surutnya, sama seperti populariti seseorang. Namun hal itu tidak sedikit pun menggugat emosi Badul.

Keadaan sama juga dialami apabila melihat kepada kemunculan ramai pelawak baru.

Sebagai pelawak veteran, Badul dilihat boleh menerima kenyataan itu dengan terbuka, malah mengalu-alukan idea bernas daripada generasi terkemudian itu.

Menurutnya, untuk membuatkan penonton ketawa, ia bergantung kepada kehendak dan penilaian penonton itu sendiri.

“Pada saya tidak wajar untuk berasa kecewa atau sakit hati sedangkan kualiti bahan jenaka itu perlu mengikut peredaran zaman.

“Bahan komedi saya untuk golongan penonton yang berumur seperti saya. Jadi, lebih baik kita berenang ikut arus, jangan pula melawan arus.

“Saya tidak mencebik pelawak baru kerana mereka berjaya membuat ramai orang ketawa, berjaya mengadakan program selain mendapat tempat di hati peminat.

“Jika ada yang berkata, pelawak sekarang tidak sebagus dulu, yang cakap itu umurnya berapa? Yang anak muda pula boleh berkata perkara sama – tak mainlah pelawak lama,” katanya.

Dalam pada itu, Badul turut memberitahu dia akan tetap mempertimbangkan sekiranya diberi tawaran membawa watak utama dalam filem.

Namun, katanya karakter itu haruslah yang bersesuaian dengan umurnya.

“Dulu hero, sekarang dah jadi bapak hero. Bolehlah kalau nak jadi pelakon utama, tetapi jenis orang tua miang nak berkahwin anak dara muda atau ejen kaki tipu, itu humor dan amat sesuai dengan saya,” katanya.

Alhamdullilah, Bantuan Untuk AR Badul

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional (Finas) tampil menghulurkan sumbangan buat pengarah, pelakon dan pelawak veteran, AR Badul, 70, yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami serangan jantung.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Finas, Datuk Samsuni Mohd Nor yang meluangkan masa melawat Badul hari ini.

Samsuni berkata, pihaknya bersyukur dengan keadaan kesihatan terkini pelakon dan pelawak itu.

“Kita amat menghargai semangat berkarya serta idea kreatif beliau. Semangat ini perlu diteruskan serta dikongsikan kepada generasi muda hari ini,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Finas, Khairul Azhar Abu Bakar.

Bagaimanapun, Samsuni tidak menyatakan jumlah sumbangan yang disampaikan.

Terdahulu, Badul dimasukkan ke IJN jam 4 petang semalam akibat masalah salur darah di jantung tersumbat. Isterinya, Maizatul Osman, 39, ketika dihubungi berkata, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie mengalami serangan jantung mengejut di rumah mereka selepas Zuhur, semalam.

Sumber dari Hmetro dan mStar