Motif pelamin jadi tanda tanya peminat. Ramai yang tersentuh dengan persembahan Sufian Suhaimin.

Menitis air mata dengar lagu di matamu sufian suhaimi. Alahai penuh perasaan Sufian menyampaikan lagu dimatamu.Lagu dimatamu di sampaikan oleh Sufian Suhaimi membuat ramai menangis pada malam anugerah juara lagu kali ini.

Nyanyian Sufian penuh perasaan dan sangat menarik olahan muzik dan vokalnya membuat ramai terpegun. Ramai yang sedih dan ada yang menitis air mata melihat persembahan lagu Di matamu. Jom kita dengar lagi sekali lagu di matamu

Alahai sedihnya, di akhir persembahannya ada pelamin. Agak agak pelamin itu di tuju kat elfira ke? Apa apa pun min memang terpegun dengan persembahan sufian suhaimi, best sangat penyampaiannya malam ini.

SUFIAN SUHAIMI BUAT KEJUTAN SEHINGGA MENYENTUH HATI PENONTON

Lagu ‘Dimata Mu’ telah mendapat STANDING OVATION dari penonton di dalam Axiata Stadium. Ketika lagu itu dinyanyikan, penonton menyumbangkan lampu yang kelihatan seperti kelip kelip mengiringi Sufian Suhaimi.

Adakah ini bakal menjadi persembahan terbaik atau akan menjadi Juara dalam Anugerah Juara Lagu yang ke 33? Vokal Sufian Suhaimi memang tidak dapat disangkalkan lagi. Seperti kata Sherry Al Hadad, lagu ini asalnya lagu kontroversi kerana lagu ini keluar selepas Sufian putus cinta dengan Elfira Loy. Video di bawah artikel.

Selesai sahaja lagu ini dinyanyikan kelihatan ramai penonton mengesat air mata. Ternyata lagu Sufian mampu mengusik hati ramai orang terutamanya wanita.

Tetapi ada seorang yang turut menangis, ketika kamera sedang zoom penonton yang menangis. Kelihatan Wany Hasrita pula sedang mengesat air mata.

Kalau Wany Hasrita pun boleh menangis maknanya isi lagu Di Mata Mu betul betul menusuk kalbu. Apa pun tahniah Sufian Suhaimi kerana membawa lagu itu dengan baik. Jika anda menang anda memang layak.

Doakan saya pulih – Sufian Suhaimi

Sebelum itu, Berita harian melaporkan Sufian Suhami, 27, memohon peminat supaya mendoakan kesihatannya, sekali gus membolehkan dia beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, awal bulan depan.

Mengakui sedang berdepan masalah kesihatan, Sufian yang kelihatan lebih susut ketika hadir ke Balai Berita, semalam, bagaimanapun enggan mendedahkan penyaa kit dialaminya.

“Saya mengaku tidak sihat sekarang ini. Justeru, saya meminta orang ramai mendoakan kesihatan saya kembali pulih, terutama apabila bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, awal Februari nanti.

“Apa yang saya lalui ketika ini bersifat terlalu peribadi. Jadi, apa yang boleh dikongsikan, sekarang saya tidak sihat sepenuhnya.

“Saya seorang penyanyi dan apabila tidak dapat menyanyi seperti diinginkan, saya berasa seperti tiada kepuasan dalam bekerja. Saya kini dalam proses pemulihan. Pada masa sama, saya bersenam untuk menambah baik stamina menjelang AJL33,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, jelas penyanyi Di Matamu itu, keadaan kesihatannya tiada kaitan dengan kisah cinta yang terputus di tengah jalan.

Penyanyi ini turut meminta agar kisahnya bersama bekas tunang, Elfira Loy, tidak dipanjangkan, apatah lagi pelakon terbabit sudah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

“Saya terkejut kerana sehingga hari ini, masih ramai yang mengaitkan saya dengannya. Bukanlah rimas kerana saya sendiri tidak terkesan dengan semua itu. Cuma, saya tak mahu ia membuatkan mana-mana pihak terasa.

“Saya tak mahu ia berlanjutan lagi memandangkan masing-masing sudah ada kehidupan sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sufian akan tampil dengan single duet selepas AJL33. Cuma buat waktu ini, dia belum dapat berkongsi identiti teman gandingannya.

Sebelum ini, Sufian merakamkan lagu duet dengan kumpulan Indonesia, Shima Band, menerusi Di Matamu 2.0.

“Saya hanya akan berkongsi maklumat mengenainya selepas selesai AJL33. Selepas itu, saya akan mengeluarkan single solo pula.

“Pada awalnya, saya merancang untuk mengeluarkan single itu pada hari lahir saya, iaitu sekitar Mei. Namun, berikutan ia jatuh pada bulan puasa, saya melewatkan beberapa bulan perancangan berkenaan,” katanya yang akan muncul dengan telefilem, Bayang, di TV3, sempena AJL33.