“Suka La Tu Dapat Orang Kaya Sampai Tinggal Si Sufian, Materialistic!” – Komen Pedas Netizen Ini Dibalas Elfira

Sebelum ini Elfira Loy sudah bertunang dengan jejaka dikenali sebagai Faris Anuar. Elfira juga pernah memuatnaik foto tunangnya sebelum ini.

Elfira Loy berkongsi foto dia bersama tunangnya, Faris Anuar di laman Instagramnya. Dalam foto tersebut, terserlah keceriaan di wajah pasangan sama cantik sama padan itu.

pelakon Elfira Loy akhirnya memuat naik fotonya bersama wajah cinta hatinya, Muhammad Faris Khairol Anuar  ke akaun Instagram.

Elfira Loy memberi bayangan dia dan bakal suaminya, Faris Khairol Anuar terbang  ke Tianjin, China untuk bercuti.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Elfira memberitahu bukan mereka berdua sahaja tetapi mereka akan bersama rakan pengapitnya (bridesmaid) dan ‘dulang boy’ suaminya untuk menerokai negara tersebut bersama-sama. “I thought its just the two of us but it is not! so happy to see the dulang boys and my bridesmaids ada dekat sini jugak. We’re gonna conquer Tianjin !,” tulisnya.

Menerusi entri tersebut, Elfira turut memuat naik fotonya bersama Faris di dalam kapal terbang.

Walaubagaimanapun, masih ada yang melontarkan kata-kata negatif kepada selebriti terkenal, Elfira Loy.

Terbaru, Elfira memuatnaik gambarnya bersama tunang di dalam penerbangan menuju ke China.

Salah seorang pengikutnya memberikan komen pedas terhadap Elfira dengan menuduhnya sebagai Materialistik.

Elfira nampakya tidak membiarkan dan turut memberi komen terhadap pengikut tersebut dengan memberitahunya fitnah dan mengumpat itu dosa besar.

Kebanyakan peminat Elfira menasihatinya untuk bersabar dan mendoakan kebahagian Elfira dan tunangnya yang dikhabarkan akan berkahwin tidak lama lagi.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu hubungan itu putus.

Pada awal September ini Elfira dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Selepas mengikat tali pertunangan dengan Faris Khairol Anuar pada 2 September lalu, pelakon Elfira Loy dikhabarkan bakal melangsungkan perkawinannya pada 1 Januari 2019.

Gempak dimaklumkan oleh sumber terdekat, Elfira dan tunangnya yang juga pengurus besar syarikat telekomunikasi itu sudah sepakat memilih tarikh tersebut untuk diijabkabulkan.

Malah, sudah ada ahli keluarga terdekat serta sahabat handai yang mula mendapat jemputan daripada mereka.

Lebih meyakinkan lagi, baru-baru ini, seorang rakan artisnya iaitu Datin Seri Umie Aida turut mendedahkan bahawa pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Dalam pada itu itu Elfira berkata, dia akan berkongsi semua foto berkaitan kehidupan peribadi di Instagram.

Sumber: IG Elfira Loy, HCL