“Syukur Alhamdulilah, Hatiku Tenang…”- Fad Bocey Gembira Isteri Mula Berhijab

Seorang suami memang selalunya perlu berkorban untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak. Jika niatnya ingin melihat isteri dan anak bahagia, pasti segala apa yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah.

Begitulah dengan pelawak, Fad Bocey apabila urusan kariernya dalam industri hiburan tanah air mendapat laluan mudah menempa kejayaan demi kejayaan.

Pelawak Fad Bocey bersyukur apabila isterinya, Nur Syahirah kini sudah berubah dengan penampilan berhijab.

Menurut Fad, hatinya kini semakin tenang.

“Syukur alhamdulillah, tenang hatiku,” tulisnya.

Fad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fad memuat naik foto isterinya yang bertudung hitam sedang tersenyum.

Rata-rata oengikutnya juga gembira dengan perubahan dan penghijarahan Syahirah serta mendoakan dia terus istiqamah.

Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015.

Perkenalan selama dua tahun antara pelawak kumpulan Bocey, Fad dengan ADIK ANGKAT kepada pelawak Jehan Muse iaitu Nur Syahirah A. Rahman 21, akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin

“Syukur Alhamdulilah, Hatiku Tenang...”- Fad Bocey Gembira Isteri Mula Berhijab
Mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.
Kepada semua suami di luar sana, perbetulkan niat anda. Niat nak bahagiakan isteri dan anak. Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan urusan.
Sumber dari Astro Gempak