“Tahun Depan Kita Naik Pelamin, Mak Ayah Dah Tanya”

Sehingga kini, jantina Nur Sajat masih lagi misteri dan menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Tidak hairan lah jika sehingga hari ini usahawan berjaya yang bertaraf selebriti itu seiring dihujani pertanyaan berkaitan jantinanya.

Sudah lama sebenarnya kisah percintaan Nur Sajat dan kekasihnya, Coach Yin tidak mendapat liputan media. Jika korang ingat, beberapa bulan lepas pasangan merpati dua sejoli ini (iye ke?) dikatakan bergaduh dan masing-masing melepaskan ego masing-masing kat Instagram.

Terbaharu, kata-kata manis Coach Yin buat kekasihnya itu telah membuat ramai netizen terkena kencing manis dan bersemut. Kata Coach Yin buat kekasihnya itu,

“Semanis manis kueh di tangan awak, manis lagi senyuman awak di mata saya,” 

“Tahun Depan Kita Naik Pelamin, Mak Ayah Dah Tanya”

Namun, yang menjadi tumpuan adalah komen-komen dari netizen. Ada yang mengecam, ada juga yang mahu perkahwinan disegerakan.

Ramai netizen yang berharap agar hubungan kedua pasangan ini diakhiri dengan perkahwinan. Berikut merupakan antara komen dan kritikan netizen.

Macam tu pun korang nak komen negatif

“Tahun Depan Kita Naik Pelamin, Mak Ayah Dah Tanya”

Laki dengan laki boleh ke?

“Tahun Depan Kita Naik Pelamin, Mak Ayah Dah Tanya”

Ajak je la Sajat tu nikah

“Tahun Depan Kita Naik Pelamin, Mak Ayah Dah Tanya”

Semoga pasangan dua sejoli ini akan disatukan menerusi ikatan yang sah. Sudah tentu ramai yang ternanti-nanti nak merasa nasi minyak dari mereka.

Coach Yin ada memuat naik foto ‘Instagram Best Nine’ di mana kebanyakan fotonya bersama usahawan kosmetik Nur Sajat antara yang paling menerima banyak like di Instagram. Menerusi gambar tersebut, turut disertakan kepsyen romantis Coach Yin buat kekasihnya.

Coach Yin memberitahu banyak kenangan-kenangan indah bersama Sajat sepanjang tahun 2018 dan berharap lebih banyak lagi kenangan tercipta antara mereka untuk tahun 2019. Coach Yin turut mengucapkan kata cinta buat Nur Sajat

Menerusi ruangan komen, Sajat dilihat membalas ucapan cinta Coach Yin dan berharap agar mereka berdua segera naik pelamin.

Seperti sudah dijangka, di ruangan komen rata-rata netizen masih mempersoalkan isu jantina Sajat apabila nama lelakinya terdedah selepas didakwa di mahkamah baru-baru ini. Bagaimanapun, ramai yang tidak sabar untuk melihat kedua-dua mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Ada yang mendoakan agar mereka segera berkahwin memandangkan sebelum ini Sajat memberitahu bahawa dia bakal berkahwin sejak tahun 2017 lagi. Apa pun kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Sumber dari RotiKaya