Tokti nak hamil lagi tahun depan, kali ni mahu anak lelaki pula

kali ni mahu anak lelaki pula

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sangat bahagia meniti kehidupan bersama suami dan puteri sulungnya yang dilahirkan pada Mac lalu.

Tokti nak hamil lagi tahun depan, kali ni mahu anak lelaki pula

Tokti nak hamil lagi tahun depan, kali ni mahu anak lelaki pula

Memiliki keluarga kecil pun dah bersyukur. Tapi kalau ada rezeki lebih, mana tahu boleh tambah seorang lagi ahli keluarga baru kan?

Terbaru, menerusi laporan BH Online, penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu memberi tempoh sehingga tahun depan bagi memperoleh seorang lagi cahaya mata seperti pernah disuarakan sebelum ini.

Menurut Siti, tempoh tersebut dikatakan sesuai bagi menambah anggota keluarga kerana dia mahu melihat anaknya, Siti Aafiyah membesar terlebih dulu serta mengakui ingin memiliki anak lelaki.

Tokti nak hamil lagi tahun depan, kali ni mahu anak lelaki pula

Tokti nak hamil lagi tahun depan, kali ni mahu anak lelaki pula

“Perancangan untuk mendapatkan cahaya mata masih ada. Apabila usia Aafiyah sudah mencecah setahun lebih nanti, Siti akan cuba untuk hamil lagi.

“Usia Siti sendiri sudah memasuki 40 tahun pada Januari depan dan kalau boleh, Siti mahu menimang seorang lagi anak sebelum umur melangkau angka 43.

“Maklum sajalah, sewaktu mengandung kali pertama dulu pun Siti berdepan risiko, iaitu mengalami pendarahan.

“Kalau diizinkan, Siti memang teringin untuk dapat sepasang cahaya mata, perempuan dan lelaki. Begitupun, kalau dapat perempuan juga, Siti pastinya terima dengan penuh syukur. Itukan rezeki,” katanya.

Tokti nak hamil lagi tahun depan, kali ni mahu anak lelaki pula

Tokti nak hamil lagi tahun depan, kali ni mahu anak lelaki pula

Bila ditanya reaksi suami mengenai hasratnya ingin hamil lagi, penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu memberitahu suaminya tidak pernah membantah keinginan tersebut.

“Kalau bukan kerana Siti melahirkan Aafiyah secara pembedahan, mungkin dia sudah pun meminta Siti hamil cepat-cepat,” ujarnya.

Tokti nak hamil lagi tahun depan, kali ni mahu anak lelaki pula

Insha-Allah. Semoga Tokti dipermudahkan urusan dan menerima rezeki yang melimpah ruah serta kehidupan bahagia bersama keluarga tercinta!

Sumber : BH Online