“Tugas Itu Terlalu Berat Tambahan Pula Mereka Masih Kecil”- Hidup Mewah Anak Kembar Comel Eina Azman Dijaga Rapi ‘Maid’ Peribadi

FASA populariti bagi anak-anak comel selebriti ini juga bergerak selari dengan trend fesyen. Selepas gelombang popular yang dibawa oleh Lara yang memiliki jutaan followers di Instagram membuka mata ramai bahawa nilai menjadi seorang anak kepada selebriti popular bukanlah mudah. 

Populariti ibu dan ayah sekaligus terpalit sama dengan telatah comel yang dimuat naik pada akaun Instagram yang dimiliki mereka. InTrend tertarik dengan telatah comel anak kembar Eina Azman di akaun rasmi mereka.

Berikut adalah temu bual yang dipetik kembali ketika bersama mStar Online. Laporan menyatakan bahawa pelakon Datin Eina Azman memberitahu, dia tidak mampu untuk menguruskan anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey tanpa bantuan pembantu rumah.

Pelakon Datin Eina Azman memberitahu dia tidak mampu untuk menguruskan anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia empat bulan tanpa bantuan pembantu rumah.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 21, berkata, tugas menjaga anak kembar bukan semudah yang disangkakan dan kehadiran pembantu rumah banyak membantu agar keperluan dan kehendak mereka terjaga dengan baik.

“Saya tidak mahu berpura-pura kononnya saya boleh menjaga anak kembar saya tanpa bantuan kerana sebenarnya saya memang tidak mampu.

“Tugas itu terlalu berat tambahan pula mereka masih kecil dan saya perlukan pembantu untuk membantu saya menguruskan mereka.

“Bagaimanapun ia bukan bererti saya melepaskan tanggungjawab kepada pembantu sebaliknya banyak perkara yang saya lakukan sendiri kerana tidak mahu ketinggalan saat melihat mereka membesar di hadapan mata saya,” katanya kepada mStar Online.

Eina berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 37 pada 31 Ogos 2014.

Dalam pada itu, Eina berkata, pengalaman bergelar ibu kepada dua bayi sekali gus tidak dapat digambarkan dengan kata-kata namun mengakui ia banyak mengubah dirinya sebagai wanita.

Kata Eina, dia langsung tidak boleh berenggang dengan anak-anaknya kerana sentiasa teringatkan gelagat mereka.

“Kalau keluar berdua dengan suami pun saya akan cepat-cepat pulang kerana rindukan anak dan begitu juga suami.

“Ada masanya memang penat tetapi anugerah diberikan sepasang cahaya mata kembar ini banyak mengajar saya menjadi insan lebih baik,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai gelagat Karl dan Arianna, Eina berkata, bayinya itu sentiasa berjaga pada waktu malam sehingga memaksanya mengubah waktu tidurnya.

Malah kata Eina, pada usia empat bulan mereka sudah mula pandai membebel dan keletah mereka itu menghiburkannya.

“Saya terpaksa ubah waktu tidur saya dari lapan pagi hingga dua petang kerana waktu itu mereka juga tidur memandangkan mereka akan berjaya pada waktu malam.

“Selain daripada itu, mereka tiada banyak ragam cuma sekarang sudah pandai membebel dan saya dan suami selalu berkomunikasi dengan anak-anak supaya perkembangan mereka lebih pantas,” uajrnya.

Dalam perkembangan lain, Eina berkata, dia bakal kembali aktif sebagai pelakon bermula penghujung tahun ini dan memberitahu sudah pun menerima beberapa tawaran lakonan. – mStar