“Tuhan dah tunjuk semuanya, cukuplah sampai di sini…” – Ini luahan Coach Yin, Sajat terima lamaran lelaki Lubnan?

Baru-baru ini, usahawan terkenal Nur Sajat telah berkunjung ke Lubnan dan dalam lawatannya ke sana dia ada memuat naik gambar di IG dengan kapsyen yang mengundang tanda tanya daripada pengikut IG apabila dia mendedahkan bersedia menerima lamaran daripada jejaka dari Lubnan.

Nur Sajat dilihat begitu tertarik dengan keindahan di negara itu. Setiap foto dan video yang dimuat naik membuatkan ramai yang mencemburui usahawan cantik itu.

Sajat dikatakan berkunjung ke Lubnan untuk mempromosikan barang kemas dan bengkungnya dengan kerjasama daripada salah sebuah syarikat perniagaan yang beroperasi di sana. Dalam pada itu, ramai pengikut Sajat menyokong sekiranya usahawan emas dan bengkung terkenal itu menetap terus di Lubnan.

Terbaru, Sajat mengakui kedamaian hati yang diperolehi semasa berada di negara itu membuatkannya ingin menetap di sana dan juga bersedia menerima sebarang lamaran daripada jejaka Lubnan.

“Lepas ini saya akan duduk di sini!! di sini lah kedamaian saya.. bila diri ku di lamar oleh jejaka dari lebanon.. tiada kata yang perlu ku ungkapkan.. hanya lah senyuman!!! saya terima lamaran awak.”

“Tuhan dah tunjuk semuanya, cukuplah sampai di sini…” – Ini luahan Coach Yin, Sajat terima lamaran lelaki Lubnan?

Coach Yin beri respons kepada statement Sajat

Selepas usahawan itu memberi kenyataan tersebut, kekasihnya Coach Yin telah memuat naik status di IG peribadinya yang mengundang spekulasi ramai bahawa pasangan itu telah berpisah dan tidak lagi bersama sebagai sepasang kekasih.

Dengan menulis kapsyen, “Thank for everything, Tuhan dah tunjukkan segalanya…”

Ala, kejap je gaduh tu… nanti baik balik!

Pengikut laman IG Coach Yin telah meninggalkan komen dengan menyindir kekasih Nur Sajat supaya menyedari bahawa kekasihnya itu adalah lelaki. Ada juga mengusik nakal Coach Yin supaya tidak merajuk lama-lama.

“Tuhan dah tunjuk semuanya, cukuplah sampai di sini…” – Ini luahan Coach Yin, Sajat terima lamaran lelaki Lubnan?“Tuhan dah tunjuk semuanya, cukuplah sampai di sini…” – Ini luahan Coach Yin, Sajat terima lamaran lelaki Lubnan?

Sumber dari OhMyMeda