Video Abam Tersepit Dalam Almari Buat Ramai Terhibur

Kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Abam dan juga Fad tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama dan wajah mereka sering menghiasi kaca televisyen rumah anda dengan lawak-lawak yang menghiburkan.

Bukan sahaja lawak di pentas tetapi di dunia realiti juga mereka ini memang ceria dan suka berjenaka orangnya.

Melalui akaun instagram, Achey berkongsi satu rakaman video yang berlaku sebelum show Bocey.

Menerusi video berkenaan, Abam sedang tersepit badan dan kakinya dalam sebuah ‘locker’ atau almari. Menurut Abam, dia cuba untuk memasukkan badan dan kakinya dan tiba-tiba kakinya tersepit dan tidak dapat dikeluarkan.

Menurut Fad, Abam terlalu ‘konfiden’ dengan penurunan berat badan sebanyak 30kg dan akhirnya tersangkut dalam almari. Setelah bertungkus lumus dan atas bantuan kawan-kawan, akhirnya Abam berjaya melepaskan diri.

Jom tonton video penuh di bawah.

” Kemal4ngan berlaku tak kira tempat… mangsa di katakan dalam keadaan stabil… @abam_bocik @fadbocey #bocey #tiktok #boceymlm2018 #tiktokmalaysia.. “

Fad juga berkongsi video yang sama di akaun instagram miliknya :

” Ramai sgt yg tanya apa pengakhiran kisah abam tersepit. dah di cakap jangan main jauh2. jangan nakal2.. “

” Dia buat jugak perangai. nasib tak sempat call bomba lagi. kalau tk almari tu mmg kena p0t0ng la nak keluarkan abam.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan video di atas. Antara komen-komen netizen :

” Hahahaha!! aduhh buat hal lah @abam_bocik… “

” Hahahahahaahah lawakkkkkk lahhhhhh.. “

” Hahahaha Allah… macam macam hal…. sebaik keluar hahahhaah.. “

” Hahahah adoi. maap la abam.. Kelakar tu la gelak tp kesian pn ade.. Naseb x kritikal.. Tergempar je. Kus semangat.. “

” Ley bwk lawak ni ke MLM.. Mesty koi gelak trguling2….. X Smpat nk pikir.. Abg achey bleh muat dlm tu skli.. “

” Aku tak heran abam tersangkut situ. Yg jadi persoalan,Mcm mna abam boleh masuk dlm tuh? Dgn kaki berlipat,muat pulak. Situ bukan gym laa abam. Dia nak test berat badan baru kowt. Muat tak muat. Hahahah. Masuk pandai keluar tak pandai. Hahahah.. “

” Abam.. Abamm.. Konpiden tu bagus.. Tp jgn lebeh2.. Kan dh mdapat.. “

” Ya Allah… nasib baik… lawak la abam ni… hahahhaha.. “

Alahai Abam, tak tahu lah nak kesian ke nak gelak. Sebab memang kelakar dan lawak video ini. Apa-apa pun sudah nampak penurunan berat badan yang ketara pada Abam. Teruskan usaha Abam untuk mencapai berat yang ideal.

Silakan SHARE..

Sumber : GedebakTular