(Video) “Ambil duit ini dan maafkanlah Najib dan Rosmah” – Farid Kamil cerita bagaimana Kerajaan dahulu cuba merasuahnya RM5 Juta?

Berlegar di media sosial sekarang, sebuah video berdurasi 1 minit lebih yang menampilkan Farid Kamil dalam satu rancangan bual bicara terbitan TV Al-Hijrah. Nampak macam talkshow biasa tapi isinya memang kebabom habis!

Menurut video yang dimuat naik website My Fokus Online, Farid Kamil mendedahkan yang dia telah cuba dirasuah kerajaan terdahulu sebanyak RM5 juta. Biaq betoi ni??

“Ambil duit ini dan maafkanlah Najib dan Rosmah” 

Meskipun tak tahu apa hujung pangkal kes dan sebabnya, Farid Kamil mendakwa ada individu yang datang kepadanya menawarkan wang RM5 juta supaya dia memaafkan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ambil duit ini dan maafkanlah Najib dan juga Rosmah. So, saya rasa macam… untuk maafkan RM5 juta, saya rasa ia terlalu banyak dan agak luar biasalah permintaan tu. 

“Hanya sekadar untuk memaafkan, 5 juta itu tak cukup untuk saya,” katanya kepada pengacara dan artis jemputan, Aishah yang ada di situ.

(Video) “Ambil duit ini dan maafkanlah Najib dan Rosmah” – Farid Kamil cerita bagaimana Kerajaan dahulu cuba merasuahnya RM5 Juta?

(Video) “Ambil duit ini dan maafkanlah Najib dan Rosmah” – Farid Kamil cerita bagaimana Kerajaan dahulu cuba merasuahnya RM5 Juta?

Hilang kepercayaan kepada BN kerana cuba merasuahnya

Malah tambah Farid, dia juga telah hilang kepercayaan kepada kerajaan terdahulu kerana mereka telah menghantar orang untuk merasuahnya dalam amaun yang amat besar. Pun begitu, Farid menegaskan yang dia tidak ambil duit tersebut serta ada akibat lain yang diterimanya kerana tidak mengambil duit tersebut.

Menurut Farid lagi, duit tersebut hanyalah ‘perangkap’ bagi artis-artis yang berani dalam menyuarakan pendapat mengenai situasi politik pada masa tu. 

Lokman Adam buat laporan polis terhadap Farid Kamil

Susulan daripada viralnya video tersebut, Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam semalam telah membuat laporan polis terhadap pelakon Datuk Farid Kamil berhubung dakwaannya terima ‘suapan’ dari kerajaan BN, lapor Sinar Harian

(Video) “Ambil duit ini dan maafkanlah Najib dan Rosmah” – Farid Kamil cerita bagaimana Kerajaan dahulu cuba merasuahnya RM5 Juta?

Kata Lokman, dakwaan yang dibuat Farid tu berat dan kena segera disiasat polis. Lokman juga pada masa yang sama menuduh Farid membuat dakwaan palsu dan menghina bekas PM dan isterinya, Datin Seri Rosmah.

“Perkara ini perlu disiasat oleh pihak polis supaya rakyat mengetahui kenyataan mana yang benar. Farid tidak boleh sewenang-wenangnya melontarkan fitnah dan mereka cerita yang tidak wujud.  

“Jika Farid tidak menipu, sudah pasti beliau telah melaporkan cubaan merasuah ini kepada pihak SPRM lebih 6 bulan yang lalu dan mendedahkan nama pegawai kerajaan yang telah cuba merasuah beliau bagi pihak bekas Perdana Menteri dan Isterinya,” katanya.

POLIS akan memanggil pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari berhubung laporan polis mengaitkannya dengan isu yang mendakwa dia pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farid akan dipanggil dalam masa terdekat bagi merekodkan keterangannya.

Menurutnya, polis menerima satu laporan di Balai Polis Kota Damansara semalam daripada lelaki berusia 43 tahun yang menjadi wakil kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.

“Laporan itu mengatakan bahawa Farid sengaja mereka cerita untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri ketika itu (Datuk Seri Najib Razak).

“Malah pengadu juga mengatakan jika dakwaan Farid itu benar, mengapa tidak melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui selepas program Media Talk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Fadzil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan tohmahan atau fitnah.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Youtube ketika program Tv Al Hijrah 10 malam kelmarin, Farid mendakwa dirinya cuba dirasuah sebanyak RM5 juta oleh kerajaan terdahulu.

Susulan itu, Lokman dipetik berkata, ia perlu disiasat segera oleh polis kerana membuat dakwaan palsu selain mahu menghina Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Macam-macam hal ye semenjak dua menjak ni. Tapi RM5 juta tu banyak jugak. Kalau betul, hebat sungguh Farid Kamil tak terima amaun sebanyak tu. Kalau orang lain dah gelap mata dah…