Wow! Wajah Rosalinda Dulu Dan Kini Yang Kekal Cantik, Walau Usia Telenovela Dah Cecah 19 Tahun

Kami percaya, pasti ada di antara kalian yang tahu dengan telenovela popular Latin, Rosalinda yang pernah ditayangkan di negara ini lebih 18 tahun lalu.

Menangkat kisah kekeluargaan, Rosalinda mempunyai durasi sebanyak 80 episod dan diterbitkan pada tahun 1999 lalu diakui sebagai antara telenoleva paling laris ketika zaman kegemilangannya.

Disebabkan drama dari Mexico ni jadi hitdi stesen TV, nama pelakon utama Thalia tetiba meningkat naik dan menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tambahan pulak pelakon ni memang jelita dan lemah lembut orangnya! Tapi masihkah ratu telenovela ini cantik seperti 18 tahun dulu? Ini kami bawakan perkembangan terbaru darinya. 

Selain aktif berlakon, bintang asal Mexico ini juga turut berkecimpung dalam dunia nyanyian.

Apa pun, jom ikuti wajah terkini ibu kepada dua anak ini. Memang tak banyak berubah kan? Still cantik!

1. Masih jelita seperti dulu

Wow! Wajah Rosalinda Dulu Kini Yang Kekal Lawa, Walau Usia Telenovela Dah Cecah 19 Tahun

Wajah Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda ini memang tak jauh beza daripada dulu. Walaupun usia dah meningkat 46 tahun, dia masih maintain cantik macam zaman dia berlakon telenovela Maria Mercedes!

Thalia ni jenis yang sangat natural dan kalau korang godek Instagram dia, jaranglah nak nampak isteri kepada Tommy Motolla ni pakai mekap tebal-tebal kecuali kalau dia pergi event besar. Untung suami dia dapat isteri sentiasa awet muda!

2. Kekal sihat dan seksi

Tak macam beberapa pelakon yang sezaman dengannya, Thalia ni memang pandai jaga badan dan sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat untuk kekal sihat dan bertenaga setiap hari.

Salah satu tips kesihatan Thalia ialah dia mengamalkan pilates. Senaman ini dapat membakar lemak disamping mengekalkan bentuk badan yang langsing. Patutlah bentuk badan Thalia masih meletop! Body goals wehh! 

Wow! Wajah Rosalinda Dulu Kini Yang Kekal Lawa, Walau Usia Telenovela Dah Cecah 19 Tahun

3. Hot mama kepada dua anak

Bernikah dengan Tommy Motolla, bos kepada Sony Music pada tahun 2000, Thalia dan suaminya telah dikurniakan dua cahaya mata yang comel-comel belaka bernama Sabrina dan Matthew.

Walaupun Thalia seorang yang sangat busy dengan dengan kerjaya dan aktiviti luar, jarang sekali aktres ni dilihat abai tanggungjawabnya dengan anak-anak. Kalau tak ada apa-apa kerja, Thalia dilihat lebih suka spend time dengan anaknya pergi melancong atau duduk di rumah je cuddle dengan anak-anak..

Wow! Wajah Rosalinda Dulu Kini Yang Kekal Lawa, Walau Usia Telenovela Dah Cecah 19 Tahun

4. Tidak berlakon lagi tapi aktif menyanyi

Selain Rosalinda, Thalia jugak ada berlakon 4 lagi telenovela femes iaitu Maria Mercedes, Marimar, Maria del Bario dan Quinceañera. Tapi mungkin ramai yang tak tahu, selain berlakon Thalia juga sangat berbakat dalam dunia nyanyian. Lagu Rosalinda tu Thalia lah yang nyanyi gaiss!

Disebabkan bakat nyanyian Thalia lah Tommy Motolla jatuh hati dengannya dan berusaha mengembangkan bakat Thalia ke peringkat antarabangsa sehingga dia menjadi penyanyi paling berjaya di Mexico.

Meskipun jelitawan ni dah tak berlakon lagi lepas dia berkahwin, Thalia masih aktif menyanyi dan mengeluarkan album bertajuk Latina pada tahun 2016.

Wow! Wajah Rosalinda Dulu Kini Yang Kekal Lawa, Walau Usia Telenovela Dah Cecah 19 Tahun

5. Aktif dalam kegiatan sosial

Sudahlah cantik, pandai berlakon, suara merdu pulak tu. Tak cukup dengan itu, Thalia juga katanya gemar terlibat dalam aktiviti sosial untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

Sejak daripada tahun 2004 lagi, dia dah menjadi duta kepada kempen March of Dimes yang membantu pulih kesihatan ibu dan bayi di US. Terbaru pada tahun 2012, Thalia dan suaminya memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa Ribut Sandy di New York yang memusnahkan ratusan rumah mangsa imigran dari Mexico.

Wow! Wajah Rosalinda Dulu Kini Yang Kekal Lawa, Walau Usia Telenovela Dah Cecah 19 Tahun

Seronokkan dengar perkembangan terbaru pelakon Latin yang cantik jelita ni? Tiba-tiba rasa macam nak marathon telenovela Rosalinda balik semula pulak. Suka tengok senyuman manisnya dengan bunga ros terselit di telinga. – LobakMerah