“You made it sayang! I’m so proud of you @lilkupukupu. Ishh sebak pulak.. !!” – Nabila Huda kongsi video aksi gimnastik anaknya di Korea.

Pelakon serba boleh, Nabila Huda dan suaminya Izwan atau lebih mesra dengan panggilan Bert berkahwin pada 25 Disember 2015 di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Sebelum ini Nabila pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun jodoh mereka tidak panjang dan mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lapan tahun.

Sekiranya anda pengikut akaun Instagram Nabila, pasti anda selalu mengikuti video-video dan gambar-gambar Nabila bersama anaknya. Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama, malah Nabila dan suaminya juga sering menyakat Keisha.

Hubungan kekeluargaan mereka sangat erat. Keisha juga sangat rapat dengan ayah tirinya Bert. Malah sebelum ini Keisha pernah mengganggap Bert adalah pakwenya. Alahai kelakar pula !!

Yang terbaru, Nabila Huda meluahkan rasa sebak di laman sosial Instagram setelah anak perempuannya yang baru berusia 8 tahun terpilih mewakili negara ke pertandingan gimnastik di Korea.

Nabila dan suaminya juga turut berada di Korea memberi sokongan padu kepada anaknya dan menyaksikan sendiri persembahan gimnastik Keisha di hadapan juri di Korea.

Menurut Nabila, dia sangat berbangga dengan pencapaian Keisha. Tidak kisah Keisha menang atau kalah, tetapi pengalaman ini sangat berharga dan lebih daripada segalanya.

Baca perkongsian Nabila dan tonton video-video di bawah :

” Wehhh !! Oh my god!!!That’s my daughter !!! Yes yes that’s my..my..yeah.. Sambil explain dengan body language sebab dorang tak faham kan.. “

” Explain sambil pegang dada tau!) “Shusehoshesiisee Malaysyia “Bol”.. “

” You made it sayang! I’m so proud of you @lilkupukupu !! Tak kisah la dapat gold, silver or bronze.. Menang atau kalah.. “

” Yang penting, dapat pengalaman baru dalam hidup ! The best part is, you dah sampai Korea for your 2nd competition. So brave of you !! Ishh sebak pulak.. How Eh ! “

” Pre Junior Aged 7-9  #ball #gymnasticsproject.. “

Netizen juga meluahkan rasa bangga dan sebak menonton aksi Keisha. Antara komen-komen netizen :

” Pengganti Farah Ann one day.. “

” Proud of u girl, u should sebak la kot kite bkn sesapa pn sebak tgk keisha @kupu_kupu.. “

” Tetibe bangge tengok anak kau!!!!! So proud of her and u too!!!! Good luck dear……. “

” Truee… x kisah menang atau x… the sweet memori… wow kieshaaa…. proud of u…. “

” Wowwwww keishaaaaaa goodluck keisha *sambil pegang dada*.. “

” Wow, hebatnya dia. Betul betul, experience tu yg penting. Klu menang kira bonus !.. “

” Baguslaa dia abil. Rileks & tenang je. Confident tu buat i suka. Sbb jarang bdk yg ada confident besar2 tu.. “

Kami  mendoakan Keisha membesar dengan sihat dan berjaya dalam apa pun bidang yang diceburi. Mungkin Keisha bakal menggantikan Farah Ann suatu hari nanti, siapa tahu kan ?

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabila Huda