Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Ketika kisah percintaan berakhir setelah menjalinkan hubungan dengan pelakon kacak Zul Ariffin sebulan lalu, pelakon Zahirah Macwilson kelihatan tenang dan tidak cepat melatah dengan situasi tersebut.

Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Jika kebanyakan wanita lain mengambil masa untuk merawat hati yang lara, namun pelakon Tak Ada Cinta Sepertimu itu memilih untuk melupakan memori lama dan menghabiskan masa dengan kerjayanya.

Terbaru, desas-desus mengatakan gadis berusia 23 tahun itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Datuk Nik Izani.

Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Menerusi laman Instagram ahli perniagaan itu, beliau telah memuat naik beberapa keping gambar sempena hari jadinya yang ke-33 di sebuah restoran mewah di ibu kota.

Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Turut kelihatan pelakon tersebut yang kelihatan mesra bersama Naib Presiden kumpulan Mofaz itu untuk menemani makan malam bersama.

Khabarnya dalam kalangan rakan, hubungan Zahirah dengan kekasih barunya yang juga ahli perniagaan bukan lagi rahsia.

Bukan itu saja, mereka juga sering dilihat menikmati makan malam berdua dan menghadiri majlis membabitkan teman rapat.

Zahirah dan kekasihnya juga tidak merahsiakan hubungan mereka dengan sering kali memuat naik gambar berdua dalam keadaan romantis.

Walaupun mereka baru bercinta, ada berita gembira yang sampai ke pengetahuan Cik Pang. Khabarnya kekasih Zahirah sangat serius dengan hubungan yang terjalin antara mereka.

Dia mahu menikahi Zahirah secepat mungkin dan kalau boleh dalam tahun ini juga. Bagaimanapun perancangan itu terpaksa ditunda kerana Zahirah harus menyelesaikan beberapa projek yang sudah dipersetujui sebelum ini.

Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Bagi Cik Pang, perkara yang baik tidak harus dilengah-lengahkan. Kalau kedua-dua pihak sudah bersetuju, lebih baik urusan nikah kahwin disegerakan.

Tambahan pula keluarga kekasih Zahirah, katanya sudah bertemu dengan pelakon jelita itu dan mereka tiada halangan sekiranya mereka mahu berkahwin.

Tak sabarnya Cik Pang hendak mendengar daripada mulut Zahirah mengenai perancangan perkahwinan itu.

Inilah namanya jodoh. Kadang-kadang bercinta terlalu lama sudah tertulis bukan jodoh, kita tidak dapat bernikah dengan orang yang disayangi.

Dan, tak mustahil orang yang baru jumpa dua tiga bula rupa-rupanya jodoh kita.

Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Zahirah Tayang Gambar Kekasih Baru? Kenali Nik Iruwan, Bukan Biasa-biasa Ni!

Isu Kostum Arnab Di Jepun
Menurut Zahirah, dia menggayakan kostum arnab ini adalah atasan tuntuan kerja ketika berada di Jepun. Buat anda yang tidak tahu, negara Jepun memang terkenal dengan cosplay yang sebegini.
Selain arnab, rakyat Jepun juga menggayakan pelbagai kostum daripada anime, binatang-binatang comel dan filem kartun mereka. Jadi ia adalah satu perkara biasa buat rakyat Jepun tetapi mungkin satu kejutan budaya buat rakyat Malaysia yang melihatnya. Kata Zahirah:-

Setiap kali memuat naik sebarang foto dalam media sosial, saya lakukan dengan niat untuk berkongsi perkembangan terkini tentang kerja atau aktiviti harian saya. Ini bukan kali pertama soal pemakaian menjadi isu, jadi saya malas hendak panjangkan perkara ini. Apa yang penting saya tahu apa yang dilakukan dan ia bukan dibuat untuk menarik perhatian secara suka-suka.

Saya faham di Malaysia, sensitiviti soal pemakaian ini agak tinggi dan mungkin mereka tidak tahu tujuan sebenar saya berpakaian begitu atas dasar apa. Sebenarnya saya memakai kostum arnab sewaktu di Jepun kerana tuntutan kerja apabila menjalani penggambaran bersama AirAsia untuk kempen #ThroughTheLens. Ia sebahagian daripada kerja, jadi saya lakukannya kerana ia tanggungjawab saya.

Biarlah mereka hendak berkata apa sahaja kerana mulut manusia memang tidak boleh ditutup. Saya tidak melakukan apa yang dikatakan itu, jadi mengapa perlu terasa hati. Saya ke sana untuk bekerja dan telah laksanakan tanggungjawab saya. Itu sudah memadai.

Biasalah bila dah jadi selebriti ini pakai baju apa pun memang akan menjadi pertikaian. Semoga Zahirah akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Mungkin boleh cuba kostum kucing kerana rakyat Malaysia rata-rata gemarkan kucing. Tak adalah diorang nak membahan sangat kalau macam tue. Hehehe.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber dari Islamik Info