Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson perang dingin di Instagram?

Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson perang dingin di Instagram?

Nama Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson sememangnya dikenali ramai sebagai pasangan yang romantik suatu ketika dahulu. Namun jodoh yang tidak kesampaian menyebabkan mereka mengambil haluan masing-masing setelah gagal dalam hubungan tersebut.

Namun siapa sangka masih lagi ada sengketa dan perasaan tidak puas hati antara dua artis ini. Baru-baru ini tersebar sebuah gambar Zul Ariffin bersama seorang wanita dan netizen tertanya-tanya siapakah gerangan gadis tersebut.

Namun begitu, bekas kekasih Zul, Zahirah seolah-olah kurang senang dengan situasi itu dan membuat kenyataan di Insta Story miliknya.

Ditujukan ke Zul Ariffin?

Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson perang dingin di Instagram?

Menurut pelakon utama Jangan Benci Cintaku itu, individu yang dinyatakan di dalam ‘story’ ini suka acah-acah menjadi mangsa, menabur kata-kata ‘I love you’ sesuka hati. Malahan Zahirah turut menulis kepada semua pengikutnya ‘you know who I’m talking about’, bermaksud anda tahu siapa yang saya sedang cakapkan.

Zul balas kenyataan Zahirah ke?

Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson perang dingin di Instagram?

Tidak lama selepas Zahirah memuat naik ‘story’ tadi, Zul pula membalas dengan memuat naik ‘story’ sendiri dengan menyuruh individu itu untuk move on dan get a grip. Adakah ini sememangnya ditujukan kepada Zahirah?

Rakan Zul backup di Insta Story


Rakan pelakon berbadan sasa itu yang hanya dikenali sebagai Muneyh turut memuat naik Insta Story di mana beliau menyatakan bahawa Zul sememangnya sudah pun move on dan tidak perlukan 15 artikel untuk acah-acah move on.

Lirik lagu yang digunakan di dalam story ini juga seolah-olah ingin mengatakan bahawa Zul tidak mengambil tahu pun tentang Zahirah. Lihat lirik di bawah:

“If you’re having girl problems I feel bad for you son
I got ninety nine problems but a b**** ain’t one” 

Lirik tersebut bermaksud kalau kau ada masalah perempuan, aku rasa kesian untuk kau. Aku ada lagi 99 masalah, tapi wanita bukan salah satunya. Memang pedas betul lirik ini sekiranya betul ditujukan kepada Zahirah.

Apa pun yang terjadi antara mereka haruslah diselesaikan dengan cara yang baik demi diri mereka sendiri dan para peminat.

Sumber: Zahirah Macwilson, Zul Ariffin