Selagi pemimpin itu menitikberatkan soal rakyat, selagi itulah pemimpin itu disokong oleh rakyat…

Perdana menteri sementara Muhyiddin Yassin dilihat tidak menolak kemungkinan kembali memegang jawatan tertinggi dalam negara itu ketika Yang di-Pertuan Agong hari ini akan memulakan langkah mengenal pasti sokongan terhadap beberapa calon untuk mengisi kekosongan jawatan perdana menteri. Jika Muhyiddin kembali memegang jawatan tertinggi dalam negara, ia akan menjadi detik bersejarah kerana bakal mencatat kali ketiga Muhyiddin kembali memegang jawatan tertinggi negara selepas jatuh akibat kemelut kuasa.

“Mari kita lihat,” katanya ketika ditanya sama ada wujud kemungkinan beliau kembali memegang jawatan perdana menteri pada sesi soal jawab selepas perutusan peletakan jawatan beliau semalam.

“Sepatutnya tidak berlaku macam ni kan. Saya percaya, sebelum saya berhenti, sayalah perdana menteri waktu itu yang mempunyai majoriti terbesar. I think you can confirm on that issue,” katanya pada satu sidang media bersama beberapa pengarang media arus perdana di Putrajaya semalam sebaik sahaja meletakkan jawatan dan dilantik sebagai perdana menteri sementara.

Pada 2015, beliau dipecat daripada Kabinet oleh perdana menteri Najib Razak kerana mempersoalkan penglibatan ahli Parlimen Pekan itu dalam skandal 1MDB.

Selepas keluar dari Umno, beliau menubuhkan Bersatu dan berjuang bersama parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2018 dan kembali menjadi menteri kanan dalam Kabinet diketuai Dr Mahathir Mohamad.

Selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 2020, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.

Semalam, beliau mengumumkan peletakan jawatan, mengatakan pentadbiran kerajaannya yang menumpukan usaha melawan pandemik diganggu kumpulan kleptokrat yang merujuk kepada Najib dan ahli-ahli Parlimen yang bersekutu dengannya.

Muhyiddin juga berkata jelas tiada individu lain yang memiliki sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen.

“Pernah juga satu ketika ada seorang ahli Parlimen, katanya dia ada convincing and formidable, tapi tak dengar pun, not even convincing, not even formidable.

“Kerana saya tahu, kita orang politik, kita ada maklumat yang tidak ada satu pihak pun yang mempunyai jumlah majoriti lebih besar dari saya,” katanya.

Muhyiddin berkata kini terserah kepada Agong untuk memutuskan siapakah calon yang pada hematnya memiliki sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen selari dengan peruntukan Perlembagaan.

“Dalam perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah mencari seorang perdana menteri yang baru mengikut cara yang difikirkan sesuai. Macam yang lepas, saya terpilih menerusi SD, dipanggil dua kali, dan apakah Agung akan buat begitu? Itu luar batas kuasa saya,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin yang mengetuai gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah antara pemimpin parti yang dipanggil mengadap di Istana Negara hari ini bagi menyerahkan nama calon daripada setiap parti.

“Apakah saya akan menawarkan diri saya sebagai calon? Itu saya tak tau lagilah.”

Bagaimanapun beliau memberikan peringatan ketidakstabilan akan terus berlaku jika angka sokongan masih tidak berubah.

“Malahan kalau ada pilihan lain pun, mungkin dia ada dua atau tiga majoriti saja.”

Seseorang perdana menteri yang dilantik Agong adalah tertakluk kepada usul undi percaya dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, termasuk Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan tahun ini.

Sementara itu, jumlah kemasukan harian pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 untuk menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu lalu.

Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, sebelum ini pihaknya menerima kira-kira 400 kes harian bagi pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 untuk menerima rawatan, namun jumlahnya menurun kepada sekitar 170 pesakit sejak kebelakangan ini.

“Pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang kini menerima rawatan di hospital berkurangan daripada lebih 1,000 pesakit dengan kemuncaknya pada Julai lepas. Setakat 1 tengah hari tadi, pesakit sedia ada tidak sampai 900 orang. ‘Gelombang’ kemasukan pesakit di HTAR ini berlaku pada awal Julai sehingga pertengahan bulan lepas.

“Alhamdulillah kini jumlah (kemasukan pesakit) turun sejak minggu lepas. Susulan keadaan ini secara tidak langsung berlaku penurunan kepada pesakit kategori tiga ke atas untuk dimasukkan ke dalam wad,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau mengulas laporan media berhubung keadaan semasa di HTAR berikutan berlaku trend penurunan kemasukan pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sejak sebulan lepas dan paling ketara di Hospital Kuala Lumpur sejak seminggu lalu.

Dr Zulkarnain menjelaskan penurunan kes kemasukan pesakit itu membuktikan Program Imunisasi ᴄᴏᴠɪᴅ-19 Kebangsaan (PICK) mula membuahkan hasil dan keadaan di hospital berkenaan juga dalam situasi terkawal.

Katanya sehingga 1 tengah hari semalam, pengisian katil bagi unit rawatan rapi (ICU) pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 adalah sekitar 92 peratus.

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.