Connect with us

#vvip

Asal tahu kerja kerajaan je mesti orang fikir senang nak buat loan, banyak duit boleh pinjam.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Sedikit pengenalan, saya seorang ibu anak 3, peg4wai kerajaan yang bersuamikan juga pekerja kerajaan. Luahan saya ini saya anggap perkongsian, pendapat, pengalaman dan juga mungkin sedikit nasihat.

Umum masyakarat kita, faham benar dengan istilah ‘kerja kerajaan , senang buat loan’. Stigma ini juga ditambah dengan ‘kerja kerajaan, banyak duit’. Saya ingin berkongsi cerita yang terjadi di sekeliIing saya, yang mana saya rasakan tidak patut dan perlu diubah.

Situasi 1 : Ketika saya masih belum berkahwin, gaji saya memang agak banyak kerana masih belum ada komitmen. Ketika itu, saya cuma ada kereta, belum membeli rumah. Saya diminta membuat l0an untuk membaiki rumah arw4h ibu dan ayah saya oleh sal4h seorang adik beradik saya.

Saya menolaknya kerana saya fikir saya sendiri belum memiliki rumah. Lagipun, rumah tersebut cuma tinggal 2 orang kakak dan abang saya yang tidak berkahwin dan telah berusia. lsu itu tamat di situ.

Situasi 2 : Saya diminta sekali lagi (oleh orang yang sama) untuk pinjam nama saya kerana katanya mahu beli rumah (untuk dia diami dengan keluarganya) tetapi tiada slip gaji.

Dia berniaga kecil – kecilan. Kali ini, dia puas juga memujuk. Aduhh… saya masih menolak kerana saya sendiri pun belum membeli rumah.

Ertinya, rumah itu atas nama saya, saya bayar pot0ng gaji dan dia bayar cash kepada saya setiap bulan. Saya fikir andai dia tak mampu bayar suatu hari nanti bagaimana. Takkan lah saya mahu suruh dia keluar dari rumah itu. Isu itu lama juga dan akhirnya diam.

Situasi 3 : Saya engg4n memberi data kepada seorang saud4ra saya atas alasan saya tidak mahu menjadi penj4min kepada pinjaman pembelajarannya. Tuan puan, kolej swasta ye, bayangkan berapa pinjaman yang dia perlu buat. Banyak alasan saya.

Antaranya, pinjaman terlalu mahal, saud4ra saya ini tidak menunjukkan keyakinan dapat result yang baik, keluarganya sendiri bukanlah berkemampuan sangat untuk menampung ketidakcukupan kos pembelajaran nya.

Andai kata dia belajar separuh jalan, tidakkah beb4nan itu jatuh atas penjamin? Andai kata dia belum atau lambat mendapat kerja nanti adakah yang saya yang akan dicari sebagai penj4min?

Isu ini h4ngat sehingga ibunya berkata anaknya tidak dapat sambung belajar kerana tiada penj4min. Tetapi tidak pula dia nyatakan anaknya tidak sambung belajar kerana mereka sendiri tidak mampu.

Sayakah yang bersalah? Saya sendiri sudah ada komitmen rumah (agak mahal) dan sudah ada 3 anak. Komitmen saya besar, saya tidak sanggup menanggung beb4n. Kej4mkah saya?

Situasi 4 : Seorang kenalan saya meminjam duit dengan jumlah ribu juga. Janjinya bayar setiap bulan tetapi ada juga bulan yang dia minta skip.

Betul, saya tak kisah sebab bukan dia tak bayar tetapi cuma minta tangguh. Kenapa saya isukan juga di sini? Yaaaa….dia berhutang tetapi life style dia kalah saya yang bergaji lebih besar daripada dia.

Kenapa ye… pemikiran orang, pegawai kerajaan ini boleh diminta – minta tolong, diminta pinjam duit.

Mari saya kisahkan perihal saya, saya bukanlah orang yang pandai sangat manage kewangan, tetapi untungnya saya bukan seorang yang bor0s. Saya ada impian dan target saya.

Saya banyak k0rbankan n4fsu saya (biasa lah perempuan mana yang tak bern4fsu kan.. haha) daripada membeli barang – barang kehendak.

Saya bukan orang yang membeli baju setiap bulan seperti kawan – kawan saya walaupun saya mampu. Saya tidak menukar beg kerja dan kasut setiap bulan atau tahun.

Saya hanya akan membeli jika perlu atau r0sak. Bukan kerana berkenan sebab cantik. Tambahan pula, saya ada anak kecil, maka keperluan mereka lebih utama. Saya bukan orang yang akan bercuti setiap bulan duduk di hotel – hotel mahal atau sederhana.

Gaji saya, saya gunakan secara optimum. Rumah saya burvuk kerana beli second, rumah lama tetapi cukup besar dan selesa. Saya ada target untuk elokkan rumah saya. Justeru, saya menyimpan, jika cukup beberapa ribu saya akan buat renovation sedikit demi sedikit.

Kereta saya masih yang dahulu, dah habis bayar. Ada juga bincang dengan suami nak pakai kereta lebih besar, tetapi saya tahankan dahulu.

Setiap bulan saya bayar rumah, sedikit simpanan tabung haji untuk anak – anak saya, insur4ns anak – anak dan pengasuh (segala bil rumah, barang keperluan rumah, susu pempes anak dit4nggung oleh suami saya).

Suami saya gajinya lebih kecil, maka saya akan pastikan saya sentiasa ada simpanan untuk waktu terdes4k contohnya kereta r0sak, s4kit dem4m, jika anak atau saya sendiri nak makan itu ini

(Saya tidak bor0s pada barang tetapi sangat tak berkira untuk makan ). Selebihnya itu lah saya akan menyimpan untuk impian saya pada rumah saya.

Tetapi yang peliknya, orang – orang di atas (peminjam), saya lihat boleh pergi bercuti weekend, boleh sambut hari jadi anak, boleh beli barang – barang rumah.

Iyeee duit dia, tapi hutang tangguh bayar. Ada juga saya lihat, jika ada majlis – majlis seperti perkahwinan, hari raya, pakaiannya hebat, mekap juga berkilat.

Wahai pembaca, saya juga pernah berhutang ketika saya sangat memerlukan. Tetapi saya berusaha bersegera membayar hutang. Tahanlah dahulu keinginan bercuti, tahanlah dahulu keinginan membeli, selesaikan hutang dahulu.

Dan janganlah kita lihat orang yang bergaji besar ini dengan senangnya pula kita jadikan sand4ran untuk kita melepaskan lelah ketidakcukupan memenuhi n4fsu keinginan kita.

Kita tak tahu orang yang nampak berduit dan ada simpanan ini, sebesar mana dia menahan keinginan untuk membeli. Banyak yang dik0rbankan sehingga dapat mengumpul wang sejumlah begitu.

Dan masih juga menjadi kebiasaan dalam keluarga terutama adik beradik, pekerja kerajaan mesti bantu siap siaga menjadi penjamin. Jika tidak, adalah yang keluarkan ayat tidak mahu bantu adik beradik.

Ubahlah. Kita perlu hidup dengan sebanyak mana yang kita ada. Berpada berbelanja, perlu tahu apa itu kehendak dan keperluan.

Jangan diikut cara orang terutama sekali perempuan atau isteri. Biasalah perempuan ni, banyak n4fsu keinginan itu dan ini. Saya pun seorang perempuan dan isteri.

Maaf andai coretan ini menyinggung mana – mana pembaca. Cuma isu ini sebenarnya banyak berlaku dalam masyarakat. Suka berhutang (jika benar- benar susah, itu tak apalah), tetapi sebenarnya n4fsu inginkan hidup mewah tu yang menguasai diri kita. Sekian buat kali ini. – Mawar Berdvri (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Izzul Aiman : Bagus TT. Bijak membuat keputvsan. Sesetengah “ustaz dan ustazah” suka beri ceramah separuh jalan dengan kata – kata, “besar pahala bila tolong adik beradik sendiri, walaupun kita sendiri susah.” Sedangkan Allah s.w.t menetapkan jangan keterlaluan berbuat sesuatu sehingga menyusahkan diri kita sendiri. Kalau kita sendiri tahu ketidakmampuan adik kita untuk membayar balik hutang, maka tak perlu kita beri mereka hutang, kecuali untuk keperluan teruskan hidup. Kalau itu kehendak, bukan keperluan, tak perlu pun beri hutang kepada mereka… nanti akan ada ayat “alah, adik beradik pun nak berkira ke ?”…pasti akan berg4duh adik beradik kerana hutang. Pokok pangkalnya, berbelanja Ikut kemampuan sendiri mengikut keperluan, bukan mengikut h4wa n4fsu.

Cik Puan Minn : Jangan pernah jadi penj4min walau dengan adik beradik. Sedangkan kalau adik beradik kau kirim beli mekdi lah contohnya (kirim dengan air liur), ayatnya mesti macam ni. Ko bayarkan dulu, nanti aku bayar. Nanti tu maksudnya memang takde lah. Hahaha. Inikan pulak pinjam nama buat l0an la, jadi penjamin la. A big no ok.

La Mat Daud : Sangat bersetuju dengan keteg4san dan gaya hidup puan. Saya juga kerja gomen, pernah menolak menjadi penj4min orang yang tidak begitu rapat. Namun saya dan adik beradik bersetuju untuk menj4min hanya anak sed4ra dan adik beradik yang rapat sahaja dan kami yakin tiada masalah dikemudian nanti. Alhamdulillah setakat ini semua dipermudahkan dan semua lulus dengan jayanya dalam pelajaran. Ini mengambil kira jika bukan mak sed4ra, siapa lagi yang sanggup. Itu janji kami adik beradik bila melib4tkan pelajaran.

Alina Said : Alhamdulillah kerana ketegasan puan sekurang kurangnya dapat mengurangkan beb4nan.. Kita berjimat kerana sedar dan paham akan had kemampuan kita brbelanja. Tambah – tambah terrdapat komitmen lain yang pasti akan timbul dalam bentuk yang tak dijangka dan kita k0rbankan keinginan kita demi jangka masa panjang.. tak perlu meminjam dan berhutang demi nak memu4skan diri sendiri dan juga pihak lain.. Kita ukur kemampuan atas dasar penghasilan dan matlamat.

Nor Samsuri : Saya berjaya atas beIas ihsan adik beradik yang majoritinya keja govt, kakak saya jadi penj4min ketika saya nak buat pinjaman ptptn, abang Saya sanggop jadi penj4min ketika saya dapat jpa scholarship, malahan keta saya pun nama abang saya, sebabnye keja saya perlukn saya ade kereta sendiri, tapi ye la mase tu tak mampu memang harapkan beIas ihsan adik beradik, terpulang pada keadaan, jadi satu hari nanti kalau kata saya perlu baIas semua kebaikkan adik beradik saya, saya akan buat, sebab mereka yang sentiasa ada saat saya perlukan mereka. Setiap orang pendapatnya berbeza berg4ntung pada situasi.

Continue Reading

Trending