Connect with us

#celeb

Asyik sibuk berniaga di kampung, balu Abam bawa anak berjalan2 sekitar KL

Terdahulu, BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.

Hidayah, 28, berkata, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

“Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.”

Fokus pada anak 

Selepas selesai mengendalikan isu tercetus berkenaan faraid Khamis lalu, Hidayah kini memilih untuk fokus kepada anaknya dengan meluangkan masa bersama.

Baru-baru ini, Hidayah membawa anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bersiar-siar di ibu kota.

Melalui laman sosial Instagram Hidayah, dia turut kongsikan beberapa kepingan gambar menunjukkan anaknya Hamzah seronok menikmati keindahan bandar Kuala Lumpur.

Ronda2 naik MRT

 

View this post on Instagram

 

Ibu nk bawak Hamzah ronda2 KL naik mrt..kalau terserempak nanti hai2 ye.. #kitabaikramaisayang

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

“Happy anak ibu berjalan-jalan sekitar bandaraya KL,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

Happy anak ibu berjalan-jalan sekitar bandaraya KL.. #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzahaljuffrey #cuti2

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Perkongsian itu mendapat perhatian warganet dan rata-rata menghujani ruangan komen memuji kecomelan Hamzah yang kini sudah pandai berjalan.

Bukan itu sahaja, ada juga segilintir pihak turut mengambil kesempatan menyelitkan kata-kata semangat dan positif agar Hidayah kekal tabah membesarkan dan mendidik Hamzah tanpa suami di sisi.

Bila pen4t berniaga, sekali sekala ronda2

Untuk makluman, Nor Hidayah mendirikan rumahtangga bersama Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan pada tahun 2017.

Menerusi perkahwinan pasangan ini, mereka dikurniakan cahaya mata diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sebelum pelawak kumpulan Bocey itu menghembuskan nafas terakhir pada tanggal 10 Februari lalu.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya