“Pada masa sama, denda juga harus dikenakan kepada golongan antivaksin kerana menyebarkan berita palsu” – Prof Dr Ainul Jaria Maidin

Kuala Lumpur: Kerajaan berhak mengambil tindakan terhadap golongan yang sengaja menolak vaksin ᴄᴏᴠɪᴅ-19 tanpa alasan munasabah bagi menjaga kemaslahatan seluruh rakyat.

Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Ainul Jaria Maidin berkata, kerajaan mempunyai bidang kuasa membuat peruntukan mengenakan denda ke atas pihak yang menolak vaksin atas dasar menjaga keselamatan awam.

Katanya, kerajaan mempunyai dua pilihan dalam mewartakan undang-undang berkaitan sama ada meminda akta sedia ada atau menggubal Ordinan Darurat baharu.

“Pewartaan undang-undang dalam waktu darurat adalah lebih mudah mengambil kira kuasa kerajaan untuk meminda undang-undang yang ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Pada masa sama, denda yang dikenakan bukan hanya terhad kepada golongan yang menolak vaksin malah kepada golongan antivaksin kerana menyebarkan berita palsu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dalam situasi ini, kuasa kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat di mana keperluan kesihatan dan ekonomi akan mengatasi kepentingan individu yang menolak vaksin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas kewajaran tindakan dikenakan kepada golongan yang masih menolak vaksin ᴄᴏᴠɪᴅ-19 sepertimana dipraktikkan sesetengah negara lain termasuk Indonesia yang mengenakan denda dan menarik bantuan sosial.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran dan memperluaskan kadar liputan imunisasi dengan mengambil kira hukum berdasarkan kerangka maqasid syariah membabitkan kepentingan memelihara nyawa.

“Kerajaan hendaklah menyediakan maklumat lengkap untuk rakyat memahami kepentingan vaksin dan sumber vaksin supaya masyarakat terutama yang beragama Islam boleh menerimanya tanpa ragu-ragu.

“Menolak vaksin mendedahkan diri kita dan ahli keluarga serta masyarakat kepada bahaya yang mungkin menyebabkan jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dan risiko lebih buruk.

“Risiko penolakan vaksin lebih besar berbanding mudarat kesan sampingan daripada pengambilan suntikan vaksin yang hanya bersifat sementara apatah lagi vaksin terbukti dapat memberi perlindungan kepada masyarakat sekali gus mempengaruhi status kesihatan awam keseluruhannya,” katanya.

Antara komen netizen:

“Berjuta org amek vaksin rilex je xde pulak acah2 mcm bagus nk sound2 org antivax bagai..bru vaksin je pun..bukan ubat kebal..mende la bodo sgt jd provaksin gitu prangai..ade yg riak tuari menganjing2 lpastu sebulan meninggal..rilek sudahh ” – Din

“Teringin nak tau pandangan umum ni.
Contoh bila seorang mukmin meninggal disebabkan penyakit berjangkit mcm ᴄᴏᴠɪᴅ, ada terdengar dia dapat pahala syahid. Tapi bila para ulamak dunia, sultan, mufti dan kerajaan berkata harus untuk ambil vaksin sebagai ikhtiar, tapi tak nak ambik, taw2 yg xambik vaksin tu meninggal sebab ᴄᴏᴠɪᴅ. Dia dpt x pahala syahid???
Pernah org tnya, tetapi aku xleh nk jawab. ” – Muhammad Norpazmil

“Bangang sgt yg bergaduh sesama sendiri sebab vax ni. Yg dah ambil vax ni x payah nk menggelupur nk sound2 golongan yg x ambil vax. Diorang x kacau korang pun. Yg dah ambil tu kan dah ada immunity, nk bising apa. Yg x ambil vax tu patutnya takut. Tp diorang relax je. Sebenarnya diorang ni yg x takut mati sebab percaya ajal maut pada tangan Allah.
Seriously ak x blh nk fikir apa masalah yg suka memekak nk bergaduh sebab x sama ideology. Badan masing2 jaga la. X payah nk sibuk badan org lain ” – Hairil Illustrated Luthier

“bini aq 1 dos kena serangan jantong sikit hari aq pasang peguam saman kkm ” – Eim Slumber

“vaksin ke tak vaksin jek sama masjid tetap saf jarak jarak macam ada yang tak sempurna bila saf jarak jarak ibarat kita tertinggal 1rakaat dgn jemaah … yang dah vaksin boleh kene ᴄᴏᴠɪᴅ yang tak vaksin pun boleh kene ᴄᴏᴠɪᴅ kadang mikirkan benda ni boleh tak tidur sehari  ” – Muhammad Faris

Sumber: HM

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.