Makcik Saadiah, balu polis ditembak komunis meninggal dunia

IPOH – Saadiah Abdullah, balu anggota polis yang mengayuh basikal dari rumah sejauh lima kilometer selama 37 tahun untuk menghantar makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik meninggal dunia di Hospital Gerik kerana sakit tua.

Lebih dikenali sebagai Mak Cik Saadiah, dia berbuat demikian sebagai tanda sayang dan ingatan kepada Allahyarham suaminya, Alias Nik Daud, yang pernah bertugas di IPD itu.

Suami kepada Puan Saadiah Binti Abdullah sebenarnya adalah merupakan seorang anggota polis di Gerik dan bernama Alias Nik Daud. Beliau seorang anggota polis yang berperanan sebagai seorang “boatman” yang mana pada ketika itu Alias Nik Daud dan pasukannya perlu menghantar barangan keperluan harian ke dalam hutan untuk kegunaan harian pejuang negara.

Walaupun tahu suami telah tiada, namun Makcik Saadiah tetap mengayuh basikal menghantar makanan supaya rakan suaminya dan anggota balai itu dapat menjamah masakannya.

Makcik Saadiah berasal dari Kampung Padang, Kuala Kenderong, Gerik.

Menurut laman Facebook Viral Perak, Allahyarham Makcik Saadiah berusia 85 tahun menghembuskan nafas pada pukul 1.30 petang tadi.

“Alfatihah, dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Mak Cik Saadiah meninggal dunia sebentar tadi jam sekitar 1340 hrs di Hospital Gerik akibat sakit tua.

“Moga rohnya ditempatkan bersama orang beriman dan orang orang yang bertaqwa. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Aalamiin,” tulis pada laman Facebook itu.

Kisah Puan Saadiah Binti Abdullah bukan sahaja mendapat perhatian penduduk setempat, tetapi mereka yang berada di sekitar Hulu Perak juga tahu akan kisah Puan Saadiah Binti Abdullah yang kayuh basikal ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik sejak 1975. Puan Saadiah Binti Abdullah telah memberi inspirasi kepada anak muda sebagai sorang isteri yang setia.

Ada maklumat yang menyatakan bahawa, anak cucu Puan Saadiah Binti Abdullah telah meneruskan legasi beliau dengan membawa bekalan makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik setelah Puan Saadiah Binti Abdullah cedera terseliuh akibat dari terjatuh ketika kayuh basikal membawa makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Syahdu petikan puisi berkenaan kisah Puan Saadiah Binti Abdullah yang dipetik dari buku Selembar Demi Selembar yang dikarang oleh Razali Mohd Yussof. Kisah kesetiaan dan kasih seorang isteri ini wajar didendangkan kepada anak muda zaman sekarang untuk dijadikan contoh yang baik sebagai ikutan.

Kisah Makcik Saadiah ini menjadi inspirasi satu iklan raya sebuah syarikat pengeluar minyak masak sempena Aidilfitri 2021 lalu yang sangat menyentuh hati.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber K! ONLINE wowberita FBviralperak orangperak BHonline

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.