Elak Ular Sawa, Pemuda Rempuh Hilux Cedera Parah Meninggal Di Hospital

MERSING – Seorang penghantar makanan maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 17, Jalan Nitar-Mersing, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi yang melibatkan motosikal jenis Honda EX5 dan Toyota Hilux.

“Menurut pemandu Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 36 tahun, dia dalam perjalanan dari arah Endau menuju ke arah Kluang.

“Semasa tiba di tempat kejadian, motosikal Honda EX5 itu yang berwarna merah telah memasuki laluannya menyababkan pemandu Toyota Hilux cuba untuk mengelak ke kiri bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Walau bagaimanapun, motosikal berkenaan tetap melanggar Toyota Hilux dan akibatnya penunggang motosikal tersebut, Mohd. Farid Jaafar, 38,
mengalami kecederaan parah.

Penghantar makanan tersebut kemudian dibawa ke Hospital Mersing bagi rawatan lanjut.

“Setelah beberapa jam menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Mersing, penunggang motosikal itu meninggal dunia,” katanya.

Pemandu Toyota Hilux dan penumpang hadapan tidak mengalami kecederaan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kematian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.