Connect with us

#pop

“Awak Buat Apa Ali..?” – Wartawan Ditegur Cikgu Ketika Mengulas Berita Di Dalam Kelas

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan berubah kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, akhirnya sesi persekolah telah dibuka secara berperingkat.

15 Julai 2020 merupakan tarikh keramat dimana pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1-4) dan pelajar sekolah rendah (Tahun 5-6) dibenarkan untuk menghadiri sesi persekolahan.

Walaubagaimanapun, SOP yang ditetapkan oleh Menteri Kesihatan masih perlu dipatuhi dan dipraktikkan, seperti pemeriksaan suhu, memakai topeng muka dan penjarakkan sosial.

Aura norma baharu diulas dalam segment khas Buletin TV3. Wartawan TV3, Ali Touoan Rajalee menggunakan kaedah pendekatan yang unik dengan mengenakan kemeja puiuh berserta lencana dan tali leher.

Beliau telah membuat liputan dalam makmal kimia di SMK Puncak Alam.

“Awak buat apa Ali? Dari cikgu tengok awak bercakap-cakap haa?”

Perkara yang menarik perhatian penonton apabila wartawan itu ‘ditegur’ oleh cikgu ketika beliau sedang menjalankan tugas. Namanya dipanggil oleh cikgu tersebut kerana tidak menumpukan perhatian ketika ilmu sedang disampaikan.

Sekarang, video liputan berdurasi 45 saat itu telah mencapai lebih 100 ribu tontonan dan menjadi tvlar di laman sosial Twitter.

Dah la curi tali leher orang sebelah, boleh pula bercakap masa cikgu mengajar

Kelihatan majoriti pengguna alamaya yang menonton video itu terhibur dengan kaedah unik wartawan yang ‘sempoi dan relaks’ itu membuat liputan di sekolah.

Bukan itu sahaja, malah pengguna alam maya juga memuji akan tindakan dan lakonan guru tersebut. Mereka mengatakan bahawa guru wanita itu ‘sporting’.

qayyum_official@QayyumAsyraaf –
kalau nampak member cakap sorang2 dalam kelas. Biarkan je maybe dia tengah cakap dengan kamera.

a d ā m ☝🏻@matmachow –
Kalau cikgu tambah “awak cakap dengan siapa tu? Meh sini cakap dekat depan terangkan dekat kawan. Nak sangat bercakap kan?” ha baru real😂🤣

Muhammad@zPeyi –
Kalau aku dulu si ali ni dah makan duster dah cikgu tu baling Face with tears of joyFace with tears of joyFace with tears of joy

abd.hzq_@hzq_abd –
Sekarang satu meja makmal ni boleh 2 org je… Dulu sebelum covid ni satu meja tu boleh sampai 10 org hahahaha

FarahShahida♡@aikoFarah –
Ali! Mana mask awak? Awak duduk kerusi siapa tu hah?
Ni Abu, kenapa duduk dekat tempat pangkah?
Ehhhhhh… Ali, awak budak darjah 5. Ni kelas darjah 6!
Pergi ke kelas awak!!!!!

Semoga semua pelajar dan guru terus mematuhi SOP yang ditetapkan. Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Sumber: Twitter BUletinTV3

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya