Connect with us

#vvip

“Awak cantik tpi knpa tak kahwin”. Masuk 40, aku tolak jauh2 niat nak berkahwin. Tpi ujian tiba dgan pucuk muda, terpaksa ini aku lakukan.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum pembaca semua. Saya Kak Chik, masuk tahun 2021 ni umur Kak Chik sudah menjangkau 42 tahun. Sudah tua.

Macam tak caya cepatnya masa berlalu.
Baru2 ni Kak Chik baca banyak confession pasal jodoh. Jadi wajarlah Kak Chik menulis berkaitan jodoh dari sudut pandangan mereka yang sudah memasuki umur 40an. Rata2 yang confess umur masih muda, 20an, 30an. Adik2 masih muda jika dibandingkan dengan Kak Chik ni. Mungkin umur baya2 adik tengah bersemangat untuk mencari jodoh agaknya.

Bila dah masuk umur 40an ni, pemikiran sudah lain. Kawin tu bukan lagi keutamaan. Kak Chik baca kisah yang adik2 tulis cuma tiada jodoh, tapi ramai masih punya pekerjaan hebat, bergaji besar dan mewah. Untuk pengetahuan adik2, Kak Chik baru saje diberhentikan kerja beberapa bulan yang lalu.

Sebelum inipun struggle cari kerja tetap, tak dapat2 juga, hanya dapat kontrak kemudian tamat, cari kerja lain, begitulah putaran hidup Kak Chik. Kerja pun biasa2. Bayangkanlah situasi Kak Chik sekarang. Mak ayah sudah lama pergi. Adik beradik semua sudah berkahwin termasuk adik bongsu. Meskipun ada adik beradik, tapi bukanlah tanggungjawab mereka menjaga dan menanggung Kak Chik.

Mujur Kak Chik ni banyak menyimpan duit masa kerja dan masa muda2 dulu. Bolehlah bertahan buat masa ni. Anak2 sedara yang penah Kak Chik asuh, dukung dan kelek ke sana ke mari pun sudah dewasa, berkahwin dan beranak pinak. Cucu sedara pun dah berbelas orang, paling tua 11 tahun. Kadang rasa sangat rendah diri. Anak2 sedaraku pun dah kawin muda2.

Tinggal Kak Chik yang masih bujang. Kawan2 yang lain juga sudah ramai berkahwin. Ada juga sorang dua masih bujang tapi at least mereka ada kerjaya hebat yang boleh dibanggakan berbanding Kak Chik yang tiada ape2. Bukan mudah nak melalui hidup ini dikala kawan2 sekolah, seuniversiti dan bekas2 rakan sekerja dulu membuat status kehidupan berkeluarga.

kejayaan mereka menjawat jawatan hebat. Bohonglah Kak Chik tidak terasa sedih. Kak Chik pun manusia biasa. Tiap2 hari pujuk diri, sabar sabar sabar. Sudah puas menangis mengapa aku diuji sedemikian rupa? Sudahlah zaman kecik dulu Kak Chik sudah hidup susah. Belajar sampai berjaya masuk universiti dengan harapan dapat kerja bagus untuk ubah nasib keluarga.

Mak dan ayah pergi sebelum sempat Kak Chik banggakan mereka. Kini diuji dibuang kerja pula. Jangan kata Kak Chik tak usaha ikhtiar. Bangun solat tahajud malam2 berdoa agar bertemu jodoh dan dapat kerja bagus. Cuma Kak Chik tidaklah minat bab berdating dan bercouple. kalau boleh biarlah bercinta selepas nikah.

Kawan2 selalu cakap, tak pe, Kak Chik awet muda (Kak Chik banyak amal baca ayat2 quran untuk pemanis wajah dalam surah yasin, waqiah, yusuf dan selawat setiap kali basuh muka). Walaupun umur 40an, masih ada yang ingat lewat 20an. Kak Chik tak pernah bercinta, konon nak jaga ikhtilat.

Bila laki luah perasaan Kak Chik diam dengan harapan mereka faham. Rupanya lelaki tak faham diam tu tanda setuju. Penah beberapa orang lelaki tanya Kak Chik, awak cantik kenapa belum kawin? Kak Chik diam kerana tak punya jawapan. Pekerjaan Kak Chik dulu banyak berurusan dengan orang, jumpa la beberapa calon tapi ntah kenapa macam ada halangan.

Sudah banyak kali Kak Chik istikharah, tetap dapat jawapan ‘no’. Orang kata, kalau lambat jodoh tu sebab Allah nak bagi jaga mak ayah. Sebab Kak Chik tak kawinlah, Kak Chik jaga mak yang uzur sampai akhir h4yat dia yang tak sempat tengok menantu terakhir pun.

Sampai hari ini, Kak Chik rasa bersalah tak penuhi permintaan aruwah mak yang nak tengok Kak Chik kawin. Kak Chik pernah berubat dengan ustaz kat as syifa, kotlah ada benda yang menghalang jodoh. Tiada pulak ustaz cakap ape2. Satu lagi tempat, ustazah tu cakap, tiada sihr atau ape2, memang takdir jodoh Kak Chik lambat katanya.

Bila masuk umur 40, Kak Chik sudah buang jauh2 keinginan untuk berkahwin. Tapi Allah uji 2 orang adik angkat usia awal 20an bersungguh melamar. Kak Chik terpaksa tolak sebab beza berbelas tahun. Dorang tak tahu umur Kak Chik sudah 40an.

Kenapa Allah bagi calon muda yang bersungguh2 melamar sampai Kak Chik terpaksa bl0ck, bosan diganggu. Kenapa bukan yang seusia atau beza sedikit saje umur. Sementara menganggur, sambil tunggu tawaran kerja, kawan Kak Chik ajak Kak Chik join team sukarelawan NGO dia terlibat. Kak Chik join untuk isi masa lapang.

Jadi untuk adik2 yang masih muda, struggle cari kerja, ingatlah Kak Chik yang sudah tua pun masih struggle cari kerja. Kena mula balik dari bawah, bukanlah mudah. Bagi adik2 yang sibuk memikirkan jodoh, letaklah diri di tempat Kak Chik. Adik2 cuma diuji tiada jodoh, tapi masih punya kerja, wang gaji untuk menyara hidup.

3 tahun lepas, Kak Chik diberitahu ada ketumbhan di ov4ri kiri Kak Chik. Masa tu Kak Chik dapatkan rawatan ultra sound kat hospital selepas terjatuh semasa mengecat. Langsung tak rasa sedih atau menangis. Mungkin dah redha ujian bertalu2. Pegawai yang periksa, suruh Kak Chik refer pakar sakit puan untuk lebih detail.

Kak Chik boleh rasa ketumbuhan tu ada masanya timbul mengeras sejak setahun yang lalu. Kak Chik rahsiakan daripada family dan kawan2. Bila kawan2 doakan Kak Chik supaya bertemu jodoh, Kak Chik cuma senyum. Dengan usia yang tua, ketumbuhan di ovari, kebarangkalian untuk mempunyai zuriat hanya tinggal sebagai angan2.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Meskipun hidup Kak Chik tiada apa yang boleh dibanggakan buat masa ni. Kak masih berhusnuzon ada hikmah Allah nak bagi nanti. Kak Chik tetap bangun tahajud, dhuha dan berdoa moga ada sinar untuk Kak Chik suatu hari nanti.

Doakan Kak Chik kuat untuk habiskan sisa hidup dengan beribadah kepada Yang Esa. Buat adik2 yang risau tak bertempat, jadikan kisah Kak Chik sebagai pengajaran untuk teruskan hidup dengan optimis. Adik2 masih muda dan punyai banyak peluang. Ramai lagi di luar sana yang lebih malang nasibnya.

Meskipun ujian bertimpa2 tapi tetap teruskan hidup dengan senyuman yang digunakan untuk menutup kesedihan. Hingga tiada orang tahu kita sedang sakit menanggung derita. Kunci untuk kita bersyukur adalah dengan melihat orang yang lebih malang dari kita. Janganlah ukur kebahagiaan dengan melihat mereka yang berada kat atas, yang memiliki segalanya.

Kawan2 Kak Chik selalu cakap, Kak Chik nampak happy menikmati hidup bujang. Tidak nampak bersedih pun. Ye, kerana Kak Chik selalu bandingkan diri dengan orang lain yang lebih sedih kisah hidupnya. Kak Chik tak suka kongsi kisah sedih Kak Chik kat orang lain.

Cukuplah kesedihan dan kesusahan itu tersimpan kukuh untuk diri sendiri. Hari ini, Kak Chik buka sedikit sekadar untuk dijadikan renungan untuk adik2 fikirkan. Teruskanlah tersenyum dan nampak kuat untuk orang lain. – Kak Chik (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Zella yusuf – kak chik..semoga Allah permudahkan urusan kak chik.. semoga dipertemukan jodoh dan sentiasa bersangka baik pd Allah.. Allah lambatkan sesuatu smua bersebab..sabar tu adalah saham utk kita kesyurga.. saya pn tahun depan umur dah 40..buat masa skrg ni saya single.. percayalah.. bila Allah nak bagi jodoh.. bila2 pn Allah boleh bagi..

sama mcm anak.. ada pasangan bahagia ada anak.. ada pasangan bahagia tak ada anak pn bahagia..Allah akan bagi apa yang kita perlu..ada org dah kwen pn bercerrai.. sbb tak serasi..kahwin pn ujian.. tak kawen pn ujian.. ada anak pn ujian..takde anak pn ujian..

semoga kak chik sabar dan sama2 kita berdoa moga Allah berikan kita redha dgn apa yang Allah dah putuskan utk kita..tak nafikan kdg2 rasa sedih tu ada tp saya selalu igtkan diri saya.. Allah akan bagi kebahagian utk kita..semoga kak chik diberikan kesihatan dan think positive okay..

Yous yusnita – takde hal la bab jodoh ni kak cik…kita pun baya2 je…sy pun dh tak trfikir lg…dh mls dah..bezanya sy mmg keje je non stop…klau kak cik bc komen ni…pm sy…kdg2 ada bos2 cina cri staff bru…dorg tnya sy…sy plk mmg x rmai kwn…lokasi kt kuantan…sy hdup sorg2..with more persian cat…

pg keluar, mlm bru balik…klau kak cik minat brniaga..sy sgt alu2kn sbb sy nk cri bisnes patner utk buka kdai mkn…modal rsanya dr sy sorg pun takde mslh… sy nk trus keje sy yg skrg..tp sy nk jgk ada kedai mkn..sy taknak pkerja..sy nk patner sbb andai brlaku sstu pd sy, patner sy blh take over…kak cik, ape jua keputusan dan perancangan yg kita buat…

jgn selitkn rsa sedih dan rendah diri… jalan terus kehadapan…klau sy ditempat kak cik…1st point income…2nd kesihatan….. 3rd bahgia ( tak smestinya punya suami)… kematian itu akan dtg bila2 masa sj kak cik…kebahagian itu impian dan rncgn mnusia…kdg2 tak mnjadi sperti yg diimpikan. Jgn trlalu sedih kerana mempunyai suami itu 1 kelebihan tp bknlah 1 kecacatan.

Nor ariffin – Umur 42 thn, masih boleh berjodoh lagi, inshaaAllah kak chik, doa yg baik-baik. Jika ada yg approach, ckp terusterang umur dan your expectation. Jangan diam je, sebab diam tanda tak setuju, jika zaman ini.

Kak chikpun bukan tak cantik, graduate univ cuma sekrg tiada pekerjaaan je. InshaaAllah ada yg berkenan tu, cuma pembawaan kak chik tu tak sesuai dgn zaman, pemalu lebih

Sumber IIUM

Trending