“MasyaAllah Cantiknya,” Ayda Jebat Memilih Nama Ana Nayla, Ramai Yang Terkejut Tengok Mata Baby

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akhirnya mendedahkan wajah anak perempuan kesayangannya untuk tatapan peminat semua.

Melalui hantaran terbaru di akaun Instagramnya, Ayda menyatakan dia memilih nama Ana Nayla untuk puteri kesayangannya.

a

Di samping itu, Ayda juga telah membuat akaun Instagram rasmi untuk Ana Nayla.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Ana Nayla binti Ahmad Nabil. @ananaylaofficial. Assalamualaikum uncle and aunty! Sepatutnya keluar hari ini tapi tak sabar nak jumpa uncle aunty hihi!

“Doakan Ana Nayla supaya sentiasa, selamat, disayangi dan menjadi anak yang baik ya… #AydaJebat #NabilMahir #AnaNayla #BabyWuvv #SyukurYaAllah,” tulisnya.

Selain kecomelan Ana Nayla, rata-rata pengikutnya juga kagum dan terpukau melihat mata anak perempuannya yang cukup cantik sekali.

a

Selain peminat, antara rakan artis yang meninggalkan komen adalah Khai Bahar, Dayana Roza, Ika Nabila, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

a

a

Sehingga artikel ini ditulis, video pendek tersebut telah menerima lebih 350,000 tontonan.

Ayda dan Nabil Mahir berkahwin pada tanggal 1 Januari lalu.

Hasil perkahwinan itu pasangan romantik ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 21 September lalu.

Terdahulu, Ayda Jebat pernah menceritakan dia hampir keguguran kerana berhadapan tekanan kerja selain kecewa dengan berita kehamilan yang disiarkan tanpa izin dirinya dan suami, Nabil Mahir.

“Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semua kerja. Namun disebabkan berita yang disiarkan tanpa keizinan membuatkan semua jenama itu perlukan komitmen segera daripada saya.

“Disebabkan komitmen kerja saya terlalu padat dalam tempoh yang singkat, menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan yang berlaku,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Sumber: Gempak

Check Also

“Memori hampir hilang ketika terlantar, saya ditatang bagai bayi yang masih kecil” Dijaga 15 Tahun Oleh Edika Yusof, Ini Luahan Isteri

adalah seorang seorang pelakon yang masih menghiasi kaca televisyen dan popular diminati ramai hingga kini. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.