Azad Jasmin Borong Semua Burger, Tak Sampai Hati Tengok Remaja Niaga Dalam Hujan

ᴀᴢᴀᴅ ᴊᴀsᴍɪɴ Borong Semua Burger, Sedih Lihat ʀᴇᴍᴀᴊᴀ Niaga Dalam Hujan

Di Instagram, pelakon komedi iaitu ᴀᴢᴀᴅ ᴊᴀsᴍɪɴ atau dikenali sebagai ᴘᴀᴋ ᴀᴢᴀᴅ berkongsi sebuah video memaparkan seorang ʀᴇᴍᴀᴊᴀ berniaga burger di tepi jalan dalam keadaan hujan. Situasi tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian ᴘᴀᴋ ᴀᴢᴀᴅ untuk membantu ʀᴇᴍᴀᴊᴀ berkenaan dengan membeli makanan tersebut.

Mereka mencari rezeki dalam hujan

Menerusi perkongsian di entri ᴀᴢᴀᴅ, dia sempat merakam pemuda berkenaan yang berdiri di tepi lampu isyarat sambil memegang beberapa biji burger untuk dijual kepada pengguna kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

Selanjutnya, ᴀᴢᴀᴅ berkata ʀᴇᴍᴀᴊᴀ itu bukanlah meminta sedekah wang ringgit tetapi sekadar menginginkan jualannya habis dijual.

“Sesiapa yang lalu di kawasan Shah Alam, tolonglah budak ini. Dia tidak meminta wang, cuma minta anda jika terjumpa, beli lah burger dia ini.

“Anda bantu dia, dijamin Allah membantu anda juga. Hujan rahmat, Ya Allah ku pohon padamu, jagalah insan ini bersama keluarganya.

“Kita bersenang-senang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan di luar,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pak Azad™️ (@azadsyaziraroses)

Menerusi posting tersebut, ᴘᴀᴋ ᴀᴢᴀᴅ mengajak pengikutnya membantu dengan membeli makanan dari peniaga-peniaga kecil yang perlu berniaga demi kelangsungan hidup mereka terutamanya dalam situasi negara berdepan dengan pandemik.

Perkongsian ᴀᴢᴀᴅ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang  bersimpati melihat situasi ʀᴇᴍᴀᴊᴀ berkenaan yang berusaha mencari rezeki demi sesuap nasi serta mendoakan agar sentiasa dilindungi Allah.

Anda dah baca artikel ini? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber:rotikaya

Check Also

Bapa Terpaksa Jalan Kaki 1 Jam Sambil Kendong Jenazah Anak Bawa Pulang Ke Rumah. Van Jenazah Terkandas Akibat Jalan Rosak Teruk

Berat bebanan yang dipikul. Tatkala orang lain sedang menikmati kesenangan, ada yang masih menanggung derita …

Leave a Reply

Your email address will not be published.