Connect with us

#viral

“Baby Luth Siapa? Sejak Bila Ko Ade Anak?” – Lelaki Ini Tak Kering Gusi Layan Opah Lupa Dah Ada Cicit

Merakam peristiwa dan kisah hidup, kerenah dan ragam adik istimewanya, Abiatul Salsabia, Bengah atau nama betul ialah Hammad Zamakhshari kongsikan di laman sosial buat tontonan umum.

Rakaman dan video-video Bengah menjadi tumpuan orang ramai. Bengah telah mendirikan rumah tangganya bersama ‘Cik Bunge’ dahulu, tetapi kasih sayangnya terhadap adik istimewa dan keluarganya tidak sedikit pun kurang.

Antara abang, Opah & Baby Luth.. adik sayang siapa?

Menerusi akaun sosial Instagram milik Bengah, dia kongsikan sebuah video menunjukkan kerenah adiknya bersama nenek sewaktu dalam kereta.

Dalam keadaan sempoi, Bengah yang berusia 33 tahun itu menanyakan soalan kepada Cik Pia tentang perasaan sayang terhadap dirinya. Bukan itu sahaja, dia juga membuat perbandingan antara dirinya sendiri, Opah dan Baby Luth.

Baby Luth siapa? Mana kau ada anak..

Yang tidak disangka semasa Opah secara tiba-tiba menanya berkenaan siapa sebenarnya Baby Luth.

Bila teringat balik masalah pelupa Opah, Bengah laju mengingatkan balik bahawa Baby Luth itu adalah anaknya.

Namun Opah tidak kenal akan si kecil itu lalu Opah merasa pelik bagaimana dia boleh ada seorang cicit.

Amad dah kahwin 3 tahun dah.. Opah pun ada datang masa majlis & waktu Baby Luth dilahirkan..

Dengan nada yang relaks, Bengah menjelaskan secara perlahan bahawa dia sudah membina rumah tangganya selama tiga tahun dan dalam waktu itu sudah dikurniakan zuriat lelaki.

Malahan, Opah sendiri hadir ke majlis perkahwinan Bengah dan menziarah semasa zuriatnya itu dilahirkan.

Melihat video di laman Instagram Bengah, rata-rata netizen berikan komen mengenai kerenah Opah dan situasi yang mencuit hati itu.

Ada juga yang memberikan komen agar Opah dikurniakan kesihatan.

ummicollectionhq
Hahahaha comel opah bengah @makhlokmacho lupa dah ada cicit ๐Ÿ˜‚

aqidahmhdnoor
Adoi๐Ÿ˜‚tak pernah tak gelak la dgn post bengah ni๐Ÿ˜‚

sambalkentangviral.kotabharu
Suka tngk opah, comel sngt. Yg last tu terkejut. Sakit tak tu๐Ÿ˜‚. Asyik kena je dgn Cik Pia ni haha.

amiraainsyafiqahyusof
Opah lupa opah ada cicit hahahah ya allah cute btl ๐Ÿคฃ .

syafiqah_samian
Bila dgr ayt opah teirngat Nenek kt kmpg.. Hahahha Comell btll๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Sumber: IG makhlokmacho via kisahdunia

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya