“Terus Terang Cakap, Shima Tak Kuat” Baby Shima Terkilan Jadi Mangsa Keb3ncian Wargamya

PETALING JAYA – Nama penyanyi dangdut Baby Shima sekali lagi mencvri perhatian apabila dia mempersoalkan mengapa dirinya kerap menjadi m4ngsa keb3ncian netizen.

Mengakui pelik dengan situasi tersebut, pemilik nama penuh Nor Ashima Ramli menegaskan dia juga tidak pernah terlibat dengan sebarang kontroversi seperti menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga orang lain.

“Kadang-kadang terfikir juga kenapa ramai membenci saya sedangkan tidak pernah menganggu rumah tangga dan keluarga orang lain. Minta duit daripada mak dan ayah anda semua pun tidak saya lakukan.

“Terus terang, saya tidak lagi kuat dengan apa yang dilalui ketika ini. Boleh anda rasa apa yang saya sedang lalui?” luahnya dalam satu entri Instagram.

Tidak menjelaskan punca entri tersebut dimuat naik, pelantun lagu Pura-Pura Bujang turut berkongsi satu ungkapan, sekaligus seperti memberi bayangan dirinya kini dilanda kes3dihan.

“Anda boleh memalsukan senyuman, tetapi bukan tentang perasaan,” kongsi bekas peserta Big Stage musim pertama itu dalam InstaStory.

Menjengah dalam ruangan komen, terdapat juga rakan selebriti dan penminatnya menitipkan kata-kata semangat agar Shima terus kuat melalui episod duka dalam hidupnya.

“Jadi sahaja diri anda sendiri kakak,” pesan penyanyi Wani Kayrie.

“Tenang Shima, anggap itu semua cabaran untuk lebih maju ke hadapan,” komen seorang netizen.

“Saya juga tak pernah terlintas nak cetuskan kontroversi. Saya hanya buat kerja sebagai penghibur dan netizen yang memandangnya dari sudut lain,” katanya.

Menurutnya, di dunia realiti dia tetap seperti orang lain yang mempunyai perasaan.

“Namun, saya akui kadang-kadang sedih kerana kecaman yang diterima agak keterlaluan sehingga membabitkan dosa dan pahala,” katanya.

Terdahulu, Shima mendedahkan ramai membenci dirinya yang sama sekali tidak mengetahui sebab dan punca sehingga membuatkan dirinya tertekan.

Menurutnya, dia tidak pernah mengganggu, malah jauh sekali menyusahkan kehidupan orang lain.

Sementara itu, menerusi hantaran terbaru Instagram (IG), Shima memuat naik gambar ubat penenang yang diambilnya bertujuan menenangkan diri dari kekusutan.

Sebelum ini, Kosmo! pernah melaporkan Shima pernah dik3cam gara-gara dakwaan mencacah tatu pada bahu kanannya dan juga sebuah video yang dikatakan meniru aksi dan seolah-olah mengejek golongan orang kelainan upaya (OKU).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Shima mencipta nama apabila menyertai program realiti televisyen, D’ Academy Asia musim ketiga di Indonesia sekitar tahun 2017. Dia menjadi satu-satunya penyanyi tanah yang bernaung bawah label rakaman Indonesia, Nagaswara – K! ONLINE

Sumber: Kosmo!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.