#news
Baik Sokong Produk Tempatan. Lepas Butik Ebit Lew, Netizen Berpakat “Serbu” Butik Adam Corrie

Sejak akhir-akhir ini heboh kisah berkaitan satu jenama pembekal kain yang terkenal di Malaysia, telah menarik perhatian ramai. Ini berikutan status yang dimuat naik salah seorang ahli keluarga yang menimbulkan isu bangsa melayu.
NETIZEN LANCAR GERAKAN UNTUK PINGGIRKAN JENAMA “PEMBEKAL KAIN”
Secara tidak langsung, orang ramai telah melancarkan gerakan untuk tidak lagi menyokong dan meminggirkan jenama pembekal kain yang dimaksudkan. Menurut mereka, lebih baik menyokong pihak yang benar-benar ikhlas dalam berniaga dan menggunakan sumber ke arah kebaikan.
Terbaru, netizen mula bersepakat untuk menyerbu di butik milik Ebit Lew yang terletak di Bangi untuk berdepan bulan Syawal yang bakal tiba. Tidak semena-mena, dikhabarkan pendakwah berkenaan terpaksa mencari 100 tukang jahit sebagai menampung permintaan yang sangat tinggi.
Perkara tersebut dikhabarkan sendiri oleh Ebit Lew menerusi laman Facebooknya semalam. Selain pendakwah ini, ramai netizen mula memberi pandangan untuk turut memberi sokongan kepada pelakon terkenal Adam Corrie Lee.
SOKONG BUTIK ADAM CORRIE JUGA
Bagi yang tidak tahu, Adam Corrie juga memiliki butik pakaiannya sendiri yang dikenali Mr & Mrs Adam Corrie Exclusive. Sokongan ini diajukan berikutan sikap pelakon berkenaan yang sering sahaja tampil memberi bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Butik Adam tersebut terletak di Busana @ Menara Mara, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, butiknya ditutup buat sementara waktu berikutan arahan PKP dan jualan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja.
Menurut peminat, pakaian milik Ebit Lew dan Adam Corrie bukan sahaja memiliki reka bentuk yang cantik dan menarik, malah ianya hasil buatan Malaysia 100%. Menyebut soal harga pula, mereka berdua menawarkan angka yang berpatutan kepada pengguna.
BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH
Pilihan terletak di tangan masing-masing. Apa yang penting, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan apatah lagi dalam tutur bicara.
Pandangan untuk menjatuhkan perniagaan muslim yang lain adalah perkara yang tidak baik. Lagi pula pengarah urusan jenama pembekal kain yang dimaksudkan telah pun tampil meminta seribu kemaafan daripada orang ramai.
-
#pop6 bulan ago
Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!
-
#news11 bulan ago
Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini
-
#pop6 bulan ago
Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kesat dan memalukan orang lain
-
#celeb11 bulan ago
“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen