Azwan Ali Dikejarkan Ke lCU Akibat Makan Burger Tepi Jalan, Beliau Kecik Hati Bila Ada Wargamya Mendoakan Dia Cepat M4ti.

Dikenali sebagai selebriti sensasi yang bermulut lancang, pengacara Azwan Ali bagaimanapun terasa hati dengan komen segelintir wargamya yang mendoakan kecelakaannya.

Menurut Azwan, 56, masyarakat seharusnya dididik dengan akhlak dan budi pekerti mulia serta tidak mendoakan keburukan sesama manusia.

” Netizen ingat saya sakit nak mati. Komen begini menyakitkan dan keterlaluan.Jadilah orang yang mulia. Orang mulia sentiasa mendoakan… minta supaya cepat sembuh.

” (Bergurau dengan) hal mati, sakit… tak dididik ke? Kalau orang tu sakit… bermusuh macam mana pun pergi melawat dia,” katanya kepada mStar pada majlis pelancaran program Mic On! musim kedua pada Khamis.

Pada 14 Januari lalu Azwan terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana keracunan makanan.

Lebih mengejutkan apabila Azwan sendiri mendakwa dia menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut.

Azwan Ali Dikejarkan Ke ICU Akibat Makan Burger Tepi Jalan, Beliau Kecik Hati Bila Ada Wargamya Mendoakan Dia Cepat Mati.

Bercerita lanjut mengenai keracunan makanan yang dialaminya, Azwan berkata dia mengesyaki ia berpunca daripada burger yang dibelinya dari sebuah gerai di tepi jalan pada malam kejadian.

” Saya beli burger tepi jalan, saya lapar sangat. Selepas beli saya terus makan dalam kereta tanpa periksa dulu kebersihannya.

” Itu salah saya sendiri, sepatutnya periksa dulu jika ada benda asing.

” Saya memang masuk ICU… lepas tu orang komen kata ingat saya dah mati, hidup lagi rupanya,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang pemilihannya sebagai pengacara Mic On! musim kedua, Azwan berkata dia akan melakukan yang terbaik termasuk menjaga tingkah laku di televisyen.

Walau bagaimanapun selebriti berpengalaman dalam dunia penyiaran itu berkata penglibatannya dengan stesen televisyen itu tidak akan menghalangnya daripada berhenti memberi kritikan pedas di laman sosial.

” Saya dah pernah cakap, saya akan mengamuk sehingga kiamat! Jika ada sebarang kes atau ada orang buat sesuatu yang tidak betul saya akan tegur.

” Tapi janganlah cepat melenting kerana saya tegur untuk kebaikan semua. Di hadapan kamera saya berbeza,” katanya.

Mic On! musim ke-2 akan bersiaran di saluran Awesome TV bermula 28 Januari ini, jam 9 malam. Rancangan itu menampilkan Azwan sebagai hos bergandingan bersama Issey Fazlisham.

Manakala barisan juri pula terdiri daripada Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu. Tiga pelawak terkenal iaitu Ropie, Fad Bocey dan Ajak Shiro pula bertindak sebagai pengurus yang akan membantu 15 orang peserta membuat persembahan.

SUMBER: MSTAR

Check Also

Beza Jarak Usia 18 Tahun, Wanita Akhirnya Berjodoh Dengan Suami Walau Banyak Kali ‘Rejectt’

Betul lah kata orang, jodoh tidak mengenal usia seseorang Walaupun kita lihat ramai yang bertemu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.