Tular Sahabat Jemput Ketika Keluar Penjara, Banduan Berazam Dan Nekad Berubah Demi Keluarga

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan satu video seorang bekas banduan yang disambut oleh sahabat-sahabatnya di hadapan pintu penjara Kajang ketika dibebaskan.

Video yang dimuat naik satu akaun TikTok dikenali sebagai Azhar itu telah mendapat perhatian ramai dan kebanyakan daripada warganet berasa sebak melihat momen tersebut disebabkan friendship mereka yang begitu kuat.

@azhxrrr__Alhamdulillah 🤲🏻 ##fyp ##fypシ ##esekeli ##xyzbca ##trending ##foryou ##foryoupage ##viral2021 ##masukberanda♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Ditangkap kerana bersalah minum ketum

Justeru itu, menerusi Mstar, pihak mereka telah berpeluang membuat panggilan video dan menemubual bekas banduan tersebut yang dipanggil Sharizal.

Menurutnya, dia telah dipenjarakan atas kesalahan berkaitan air ketum. Kesalahan lalunya itu diakui dilakukan dengan kerelaan sendiri tanpa ada sebarang paksaan atau ajakan daripada mana-mana pihak.

Terima pengajaran yang cukup besar

Namun, disebabkan tertangkap dan didapati bersalah, dia telah dipenjarakan dan dari situ dia belajar banyak perkara baru terutamanya berkaitan tanggungjawab lebih-lebih lagi kepada diri sendiri.

Semasa di Penjara Kajang, dia akui telah berjaya meninggalkan barang terlarang tersebut dan bertekad apabila keluar nanti akan kembali meraih kepercayaan orang sekeliling dan membanggakan mereka walaupun bergelar bekas banduan.

@azhxrrr__Hanya tuhan je yang tahu betapa rindu nya aku dgn kau jai 😔 ##fyp ##fypシ ##esekeli ##xyzbca ##trending ##foryou ##foryoupage ##viral2021 ##masukberanda♬ original sound – 𝐀𝐳𝐡𝐚𝐫

Terharu ketika dijemput, janji tak akan ulangi kesilapan

Ditanya berkenaan perasaannya ketika disambut abang, adik-beradik dan sahabat handai datang menjemputnya pulang, Shahrizal mengakui sangat terharu dan berdebar-debar ketika melangkah dari pintu keluar penjara.

Dia menceritakan yang perkara pertama dibuat seusai pulang adalah mencium tangan mak dan ayah serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut lagi.

Video disambut keluar penjara tular, banduan tekad berubah demi mak ayah

Pemuda itu juga bertekad untuk mencari pekerjaan dan menebus segala kesilapan terhadap mak ayah dengan membanggakan mereka semula.

Diakhir perkongsian tersebut, dia menyatakan tidak kisah jika ada lagi orang melabelnya sebagai bekas banduan kerana apa yang dilakukan selepas ini adalah untuk orang-orang yang masih percaya dengan dirinya.

Dah ride dengan rakan2

Melihat ke perkongsian terbaru sahabatnya di TikTok, Sharizal juga dilihat sudah kembali bertemu rakan-rakannya dan dilihat gembira memulakan kehidupan baru.

Semoga apa yang dicita-citakan untuk menjadi insan yang berguna selepas episod hitam itu terus dipermudahkan.

@azhxrrr__##fyp ##fypシ ##esekeli ##xyzbca ##trending ##foryou ##foryoupage ##viral2021 ##masukberanda♬ Angin datang kasih kabar – YoanMalo

Sumber: YouTube Mstar, TikTok azhxrr__

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.