Rakaman Tular Kempen Rakyat Malaysia Mengibarkan Bendera Putih

PETALING JAYA – Sikap prihatin dan penyayang rakyat Malaysia dilihat terbukti bilamana lebih ramai warganet yang menyahut seruan kempen untuk menaikkan bendera putih di pelbagai platform media sosial hari ini.

Ramai yang rasa sebak dan terharu melihat solidariti yang ditunjukkan dan menggambarkannya sebagai lambang dan simbol kekuatan rakyat.

“Kibarkan bendera putih menjadi satu daripada sebab mengapa saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia sangat penyayang, bijaksana, baik hati dan pemurah. Terima kasih rakyat Malaysia. Bukti bahawa kita boleh jaga kita,” ujar pemilik akaun Twitter bernama @SyazanaMI.

“Terharu apabila inisiatif ini dibuat oleh rakyat. Terbukti Malaysia ramai orang yang baik-baik. Sama-sama cakna bila nampak jiran atau yang terdekat memerlukan pertolongan,” tulis Wan Wan di ruangan komen Facebook.

“Senang tidak perlu isi borang. Bagus rakyat kita prihatin sampai begini,” komen pengguna Facebook bernama Red Ros.

Ada juga dalam kalangan warganet menyatakan bahawa mereka sudah mulai memerhatikan jika ada mana-mana jiran tetangga yang mengibarkan bendera putih berdekatan dengan kawasan perumahan masing-masing.

“Saya akan melihat di sekitar kawasan saya jika ada bendera putih. Bantuan makanan Insya-Allah. Saya percaya kepada rakyat Malaysia. Mereka akan menolong anda,” ujar netizen bernama The Comedian.

“Bolehkan kita mempunyai bendera lain juga. Bendera untuk orang yang tidak memerlukan barang dapur tetapi sangat memerlukan teman berbual untuk menyembuhkan tekanan jiwa,” ciap @FrugalFliza.

“Naikkan bendera putih jika perlu bantuan. Sama ada anda berada di rumah atau media sosial. Boleh hantar mesej kepada saya jika anda memerlukan sokongan mental dan emosi dan seseorang untuk bercakap,” balas netizen bernama @etresm0I.

Segelintir warganet juga menasihati mereka yang memberi bantuan agar tidak merakam dan mengambil gambar atau video mana-mana penerima bantuan.

“Kali ni jangan ambil gambar atau video, biar kebaikan kamu Tuhan saja yang tahu. Kita kena jaga maruah mereka,” komen Vijay Kumar Vijay di laman Facebook.

“Inilah masa mak cik bawang bertindak gunakan sensitiviti anda untuk membantu bukan menghakimi mereka. Mohon jaga perasaan penerima dengan tidak menyiarkan gambar mereka,” sokong Maureen Danau.

Tanda pagar Rakyat Jaga Rakyat yang kini terkenal di laman Twitter hari ini juga kelihatan senada dan sesuai serta mempunyai matlamat dan tujuan yang serupa dengan kempen diadakan.

Kepada rakyat Malaysia yang menggunakan Facebook mari menyokong kempen ini dengan menyertai Group Facebook Kempen Rakyat Malaysia Kibarkan Bendera Putih

Dengan itu, lebih ramai orang akan tahu mengenai kempen ini untuk kita sama-sama sokong kerana ianya dapat menyelamatkan nyawa.

Jom Sebarkan #KempenBenderaPutih ini supaya sampai kepada masyarakat yg memerlukan!

Rakaman yang tular

Kempen Kibarkan Bendera Putih🏳️ bagi menjayakan misi *Rakyat Jaga Rakyat*#BenderaPutih🏳️#RakyatJagaRakyat#SygDiriSygKeluarga👨‍👩‍👧‍👦

Posted by Ai Mei on Monday, June 28, 2021

Apa Pend4pat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Sh4re Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak adm1n tidak akan bert4nggungjawab langsung ke atas k0men-k0men yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfik1r panjang terlebih dahulu sebelum menul1s k0men anda disini. Pihak adm1n juga tidak mampu untuk memantau kesemua k0men yang ditulis disini. Segala k0men adalah h4k dan t4nggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kis4h-kis4h lain yang menar1k dan mengh1burkan di bawah ini yang dik0ngsikan seperti berikut:

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.