Connect with us

#pop

Bantuan Kewangan Dari Kerajaan Punca TSMY Disayangi Rakyat

Perikatan Nasional (PN) telah menjadi tampuk pimpinan kerajaan setelah Pakatan Harapan tumbang dengan sendirinya pada Mac 2020.

Bermulanya Perikatan Nasional mengemudi kerajaan, parti ini menghadapi banyak krisis yang radikal terutamanya wabak pandemik Covid-19 yang merebak dengan cepat.

Hal ini menjadikan Malaysia terus tersepit dengan krisis ekonomi yang diteriak oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum beralih kuasa.

Jika Pakatan Harapan masih kemudi Malaysia, bantuan dan projek akan disekat dan projek pembangunan ERCL diberhentikan kerana tidak mampu menjana keuntungan untuk negara.

Sewaktu Perikatan Nasional mengambil alih kuasa, kerajaan yang ber-nakhoda-kan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri mampu berbelanja mewah untuk penduduk Malaysia.

Pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat dari segi kewangan telah diberikan.

Pakatan Harapan sebelum ini hanya mampu mengeluarkan RM450 juta untuk membantu rakyat seperti RM30 yang disalurkan ke e-wallet, dengan tujuan rakyat mula mengimplikasikan budaya membeli secara Online.

Itu merupakan bantuan yang sempat dilakukan oleh Pakatan Harapan kepada rakyat jelata.

Sebaliknya, Perikatan Nasional telah berbelanja bilion Ringgit Malaysia khas untuk membantu rakyat melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Ia khusus disasarkan kepada golongan B40 yang kekurangan wang akibat dari wabak pandemik yang telah memaksa lebih 90% sektor dalam negara henti beroperasi.

Kerajaan Perikatan Nasional juga menyediakan insentif dan bantuan kepada peniaga-peniaga dalam membayar gaji pekerja dan mengelakkan perniagaan mereka jatuh muflis ketika Covid-19.

Adakah ini sebab rakyat sayang Muhyiddin Yassin

Persoalan demi persoalan timbul dalam kotak pemikiran segelintir rakyat dimana adakah Inisiatif diambil kerajaan Muhyiddin ini disayangi kerana banyak memberi bantuan kepada rakyat?

Ya, tetapi bukan itu sahaja puncanya. Sikap dan kaedah Tan Sri itu sendiri membuatkan rakyat suka dan selesa dengan dia menjadi Perdana Menteri.

Jika diselami, Tan Sri ialah Perdana Menteri tetapi tidak ambil ‘tahu’ sangat dengan hal politik.

Menurut pemerhatian rakyat, lebih 95% kandungan ucapannya tidak membawa kepada agenda politik.

Beliau sangat profesional menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.

Bukan sahaja disenangi rakyat, tetapi kaedah beliau menguruskan krisis negara sangat baik.

Beliau mendahulukan rakyat lebih dari bermain dengan politik.

Terima Kasih, Abah.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya