Connect with us

#news

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 – Respon Ker4jaan bakal buat anda tersenyum

Sewaktu tercetusnya wabak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, kerajaan baru diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi bantuan dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional (BSN) bertujuan membantu golongan rakyat yang kurang bernasib baik.

Bantuan ini tidak dinafikan telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan rakyat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak Mac lalu.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Persoalan yang timbul adakah Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan?

Persoalan tersebut dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan 2, Mohd Shahar Abdullah di mana kerajaan akan mempertimbangkan isu itu tetapi bergantung kepada status semasa kewangan negara.

“Kita akan lihat sekiranya kerajaan berkeperluan bagi melaksanakan pada masa depan, Insha Allah kita akan laksanakan. Namun begitu kerajaan juga harus melihat keadaan kewangan semasa bagi tujuan tersebut”

Persoalan itu diajukan oleh Datuk Seri Ahmad Maslan, dan demikian diatas adalah jawapan Shahar. Shahar juga turut berkesempatan menjawab soalan berkenaan masalah senarai nama Orang Kurang Upaya (OKU) yang terima bantuan Penjana dan ia akan diselesaikan segera dengan kaedah pemetaan nama oleh Agensi Kerajaan.

Shahar menambah, kini Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berusaha kenal pasti golongan yang betul layak mendapatkan bantuan tersebut. Katanya, kerajaan menyediakan RM110 juta bantuan dimana RM55.71 juta sudah digunakan untuk OKU, RM2.88 juta untuk ibu tunggal dan RM540,000 untuk khidmat bantu di rumah.

Ekoran persoalanan diajukan oleh Wong Shu Qu (PH-Kluang) berkenaan amaun pemohon yang berjaya tebus E-Tunai sehingga Jun lalu, dia mengatakan bahawa kerajaan kini mendapat 9.9 juta pengguna hasil promosi berbanding Pakatan Harapan yang mendapat hanya 7.41 juta pengguna.

“Kita tidak perlu risau mengenai prlvasi kerana semasa permohonan terma dan syarat tetap sama, cuma kali ini kita letakkan syarat tambahan iaitu mereka perlu menggunakan aplikasi My Sejahtera. Semua data peribadi tertakluk kepada Akt4 Perlindungan Data Peribadi (PDPA),” katanya.

Sumber:rentasasia

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya