Connect with us

#kerabat

Banyak Derma Alat Bantuan Untuk Malaysia Lawan Covid-19, Agong Doakan Raja Salman Cepat Sembuh

Pada hari ini, Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Mahmoud Hussein Saeed Qattan, Duta Besar Kerajaan Arab Saudi.

Menurut Istana Negara, tujuan pertemuan itu diadakan atas sebab baginda mendoakan dan berharap agar Penjaga Dua Kota Suci Islam, Raja Salman Abdulaziz Al Saud cepat sembuh dari penyakitnya.

Banyak Derma Alat Bantuan Untuk Malaysia Lawan Covid-19, Agong Doakan Raja Salman Cepat Sembuh

Baginda Al-Sultan Abdullah juga berkesempatan untuk mengenang kembali waktu manis pertemuan dan perbicaraan dengan Raja Salman sewaktu mengadakan lawatan ke negara Arab Saudi pada tanggal 12-14 Julai 2019.

Tambahan, Baginda juga meluahkan perasaan bersyukur dan menghargai sumbangan dari kerajaan Arab Saudi dan Raja Salman yang merupakan peralatan perubatan untuk Malaysia melawan wabak pandemik, Covid-19.

Terdahulu kerajaan Arab Saudi telah menyalurkan sumbangan lebih 7 juta  unit peralatan perubatan kepada Malaysia dalam usaha membantu negara menangani penularan wabak COVID-19.

Sumbangan itu termasuk  5 juta unit topeng muka tiga lapisan, 1 juta unit topeng muka N95, lebih 700 ribu jumpsuit overalls, 300 ribu unit pelindung muka, 200 ribu unit pelindung kepala, 200 ribu unit pakaian pelindung diri dan lebih 300 ventilator.

Banyak Derma Alat Bantuan Untuk Malaysia Lawan Covid-19, Agong Doakan Raja Salman Cepat Sembuh

Baginda bertitah bahawa kerajaan Arab Saudi adalah penyumbang terbesar dalam peralatan perubatan yang pernah diterima Malaysia daripada kerajaan sesebuah negara sejak negara menghadapi krisis COVID-19.

Baginda juga bertitah bahawa Malaysia menghargai jasa dan kerjasama antara dua negara ini dalam usaha membawa pulang warga Malaysia ke tanahair.

Banyak Derma Alat Bantuan Untuk Malaysia Lawan Covid-19, Agong Doakan Raja Salman Cepat Sembuh

TYT Mahmoud Hussein menyuarakan dimana negara Malaysia patut dicontohi oleh negara-negara Islam yang lain kerana Malaysia adalah negara model dari aspek pembangunan.

Pada hari Isnin lalu, Raja Salman berusia 84 tahun dilaporkan sedang menerima rawatan dari Hospital Pakar Raja Faisal akibat masalah hempedu bengkak.

Sumber: IG istana negara, BH online via OMM

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya