Bapa Terpaksa Jalan Kaki 1 Jam Sambil Kendong Jenazah Anak Bawa Pulang Ke Rumah. Van Jenazah Terkandas Akibat Jalan Rosak Teruk

Berat bebanan yang dipikul. Tatkala orang lain sedang menikmati kesenangan, ada yang masih menanggung derita dan kesusahan.

Seorang bapa sanggup berjalan kaki pulang ke rumahnya di Kampung Samparita Tengah, Kota Marudu, sambil menggendong jenazah bayi perempuannya biarpun perjalanan itu memakan masa lebih kurang satu jam.

Bapa Terpaksa Jalan Kaki 1 Jam Sambil Kendong Jenazah Anak Bawa Pulang Ke Rumah. Van Jenazah Terkandas Akibat Jalan Rosak Teruk

Bapa Terpaksa Jalan Kaki 1 Jam Sambil Kendong Jenazah Anak Bawa Pulang Ke Rumah. Van Jenazah Terkandas Akibat Jalan Rosak Teruk

Bapa Terpaksa Jalan Kaki 1 Jam Sambil Kendong Jenazah Anak Bawa Pulang Ke Rumah. Van Jenazah Terkandas Akibat Jalan Rosak Teruk

Di ruangan komen, netizen khususnya orang Sabah meluahkan rasa simpati dan menyelar pihak kerajaan yang dilihat gagal menyediakan kemudahan asas kepada penduduk. Ini termasuk kegagalan kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya sendiri.

“Selagi Isu ini belum dapat di atasi, lebih baik cabut saja tulisan (slogan) Sabah Maju Jaya. Wakil rakyat yang sedia ada bukan berkhidmat untuk rakyat tetapi lebih kepada kepentingan diri!” kata Miroku Kaito.

“Terima kasih kepada pihak NGO yang membantu keluarga ini yang sedang menghadapi kesusahan. Shame on Sabah Government!” kata Sharain Liew.

“Saya tidak sabar menunggu alasan menteri atau mereka yang bertanggungjawab, kenapa selepas berpuluh tahun sudah berlalu tetapi jalan raya di Kota Marudu masih tidak elok,” kata Angelo Augustus.

20 Julai lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan usul menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli DUN dan anggota pentadbiran negeri yang lain.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, kenaikan itu adalah wajar dan tidak terlalu berat kerana ia hanya melibatkan pertambahan peruntukan sebanyak RM5.6 juta setahun.

“Pelarasan itu dilihat wajar dan apa yang penting, wakil rakyat perlu terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Kita mengambil inisiatif ini memandangkan keadaan yang berlaku di persekitaran kita sekarang ini walaupun kita faham mungkin rakyat di luar sana bercakap kenapa dalam keadaan sekarang dan sebagainya. Tetapi asas utama ialah untuk wakil rakyat anggota kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan perlu ada dasar yang baik untuk memastikan taraf hidup rakyat yang ada sekarang ditingkatkan sekali gus membasmi kemiskinan ini paling penting,” katanya.

Sumber: Sabah Info

Check Also

Achey Mohon D0a Orang Ramai, Ini Keadaan Terkini Isteri Achey SeIepas Buat Pembed4han Hari Ini

Bintang Muzikal Lawak Superstar 3, Achey memaklumkan isterinya Nor Hasanah Yahaya selamat menjalani pembedahan untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.