Connect with us

#news

Baru 6 bulan bernikah, Alha Alfa mengaku sudah berpisah dengan isteri

Dalam kekalutan Malaysia dilanda Covid-19, industri seni juga seakan gempar apabila pengasas kosmetik dan jurumekap terkenal Datuk Alha Alfa memaklumkan kepada semua bahawa beliau sudahpun berpisah dengan isterinya yang baru sahaja dinikahi.

Sah bergelar suami isteri pada sekitar September tahun lalu, Alha dan Noor Azlin Ismail, 24 telahpun berpisah apabila didakwa tidak lagi mempunyai persefahaman.

Mengaku sudah berpisah

Perkara itu dimaklumkan sendiri Alha pada Instagramnya sebentar tadi apabila menjelaskan desas-desus yang sedang melanda ketika ini.

Dalam penulisannya yang panjang lebar di Instagram, dia ada memberitahu sebab-sebab mengapa mereka bertindak untuk berpisah. Walaupun perit untuk menerima hakikat, namun jurumekap artis itu redha dengan apa yang telah berlaku.

Tak sempat bulan madu

Niat mereka untuk berbulan madu di Mekah juga tidak kesampaian ekoran daripada wabak yang melanda dan juga perpisahan yang telah berlaku.

Sebelum ini, Alha Alfa dan Noor Azlin Ismail telah bernikah pada 28 September 2019 telah mencuri perhatian ramai apabila menyolek sendiri isterinya ketika resepsi yang diadakan.

Namun, mahligai yang dibina tidak bertahan lama apabila masing-masing mengambil keputusan untuk bercerai seusai keguguran zuriat serta persefahaman antara mereka yang sudah tidak ada lagi.

Sumber : Alha Alfa

Continue Reading

Trending