Connect with us

#celeb

“Baru Goreng Je Dah Habis Dibeli Orang”- lsteri Abam Bocey Tak Menang Tangan Cempedak Goreng Laku Keras

Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28 yang merupakan balu kepada pelawak terkenal tanah air Allahyarham Abam Bocey kini menyatakan dia sibuk sejak mula berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng.

Hidayah memaklumkan dia sendiri turun padang menggoreng dan menjual cempedak goreng bersama adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor, sewaktu dihubungi oleh pihak Gempak.

Katanya, “Saya memang suka berniaga. Sejak Hamzah dah besar ni, saya mula berniaga kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang.

“Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya.

“Biasanya kedai buka pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang tapi bergantung pada keadaan juga,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Hidayah, dia rasa amat bersyukur kerana sambutan pelanggan dikedai tidak berhenti untuk membeli cempedak gorengnya.

“Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan.

“Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya,” ujarnya.

Tanggal 10 Februari 2020, Abam Bocey atau nama sebenarnya adalah Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, Gombak pada pukul 7 pagi akib4t d3mam panas.

Tanggal 8 Disember 2017 adalah tanggal dimana Hidayah dan Allahyrham Abam mendirikan rumahtangga dan hasilnya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Abam merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

Semoga perniagaan Nurhidayah dipermudahkan dan berjaya. In Shaa Allah!

Sumber: Gempak

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya