Connect with us

#celeb

Baru je balik honeymoon dengan suami, sekali Abah Mira Filzah tegur tentang pakaian

Pada 3 September lalu, pelakon Mira Filzah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Wan Emir Astar. Walaupun sudah lebih seminggu berumah tangga, rata-ratanya masih menanti perkembangan terkini pasangan pengantin wedding of the year ini.

Di Instagram, Mira Filzah telah muat naik beberapa keping foto bersama suami sedang ‘honeymoon’ di Langkawi. Rata-rata teruja melihat pasangan ini malah tidak sabar menantikan Mira dan Emir Junior.

Abah Mira tegur pasal pakaian

Sempena hari jadi Abah, Mira Filzah telah berkongsi wassap mesej teguran dari Abah mengenai pakaian beliau yang di lihat sedikit kurang sopan. Berikut sebahagian mesej dan nasihat yang telah di kongsi dengan peminat.

“Jeans tu ketat and ur blouse at ur thigh Kalau baju sampai aras lutut is not that bad. At any event when it will be published on media, try to avoid those outfit. Possibly becoz its shining and enhance the look” tegur Abah Mira Filzah

Sangat menghargai teguran ayahnya, Mira meluahkan perasaan sayang tidak terhingga kepada Abah beliau sempena hari jadi 56 tahun.

“Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable. Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day. *hugs” tulis Mira Filzah

Baru je balik honeymoon dengan suami, sekali Abah Mira Filzah tegur tentang pakaian

Tidak pasti pakaian mana yang di tegur oleh Abah Mira, tapi hasil carian ada beberapa gambar Mira yang mengenakan pakaian seluar jeans sebelum ini.

Baru je balik honeymoon dengan suami, sekali Abah Mira Filzah tegur tentang pakaian

Apa-apa pun, Mira telah pun mempunyai suami dan imam yang mampu menegur dan membimbang beliau ke arah syurga

Mira Kongsi Kehidupan Selepas Berkahwin. Wan Emir Tak Boleh Berenggang

Semenjak mendirikan rumah tangga, pelakon, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dilihat sering berkongsi momen mereka bersama di media sosial.

Terbaru, Mira ada memuat naik beberapa buah video di ruangan IG Story memaparkan dirinya sedang menyediakan masakan untuk makan malam.Pada masa sama, Emir juga dilihat sangat ringan tulang membantu isterinya itu ketika di dapur.

Emir Ikut Mira Filzah Sampai Masuk Dapur

Dalam pada itu, pelakon drama, Biadari Kiriman Tuhan itu meluahkan rasa gembira melihat Emir makan dengan penuh selera.

“Yeay habis tulisnya,” tulisnya.Malah, Emir juga turut memuji masakan yang disediakan oleh isteri tercinta itu.

“Seriously, deliciously good!” kongsinya.

Menjengah pula di laman Twitter, rata-rata netizen dilihat begitu teruja selain turut memuji pasangan tersebut yang saling bantu membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Malah, mereka turut mendoakan semoga pasangan pengantin baru itu kekal bahagia hingga ke jannah.

Berikut sedikit info mengenai suami Mira Filzah

Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.

Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Sila LikeFollow Page Emir Amirah di bawah untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai kehidupan mereka

Sumber : kec0h ape

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya