Connect with us

#news

Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Kelaparan Ditinggalkan Sendirian Kerana Ibu Bapa Berselisih Faham Dan Tinggalkan Rumah

Kaherah: Seorang bayi berusia 4 bulan di Mesir dilaporkan meninggal dunia akibat kelaparan selepas ibu bapanya meninggalkannya sendirian di rumah ekoran daripada perselisihan faham yang terjadi di antara mereka.

Bapa bayi yang berusia empat bulan itu memberitahu kepada pihak polis bahawa dia tiada di rumah selama beberapa hari kerana bekerja dan ketika dia pulang ke rumah, dia dapati bahawa bayi tersebut telah meninggal dunia, lapor media tempatan.

Menurut Gulf News, bapa kepada bayi berkenaan telah menuduh isterinya itu cuai sehingga menyebabkan kematian.

Siasatan yang dijalankan pihak polis mendapati bahawa perbalahan yang besar telah berlaku diantara lelaki itu dan isterinya pada awal bulan ini. Oleh sebab yang demikian, isterinya itu telah bertindak lari ke rumah keluarganya.

Sementara itu, ayah bayi terbabit pula dilaporkan keluar bekerja selama empat hari meninggalkan bayi tersebut berseorangan di rumah.

Kedua-dua pasangan itu kini telah ditangkap dan ditahan sementara siasatan selesai dijalankan.

Tindakan mereka berdua itu telah mendapat kritikan yang hebat daripada banyak pihak serta telah mencetuskan kemarahan rakyat di negara tersebut.

“Apa yang mereka lakukan akan menjadi sebab bagi mereka dihukum ke neraka di akhirat kelak,” kata Mabrouk Attia, seorang profesor Syariah Islam di Universiti Al Azhar.

“Apa pun tahap ketegangan antara pasangan yang sudah berkahwin, sepatutnya tidak mempengaruhi anak yang seharusnya lebih disayangi oleh mereka lebih dari menyayangi diri sendiri,” tambahnya dalam kenyataan media.

Seorang pegawai di agensi pro-kanak-kanak menuduh kedua ibu bapa tersebut dengan sengaja membunuh bayi mereka. Ini boleh boleh menyebabkan mereka menghadapi hukuman mati.

“Kedua ibu dan bapa memikul tanggungjawab bersama atas kematian anak itu,” tambah Sabri Othman, ketua talian bantuan Majlis Mesyuarat Ibu dan Anak negeri.

Sumber: Gulf News

Continue Reading

Trending