Connect with us

#news

Bekas pesakit Covid-19 titip surat buat Doktor dan Petugas Barisan Hadapan sebak.

Kita yang duduk di rumah tidak pernah melihat bahkan terlalu jauh untuk mengalami keadaan yang sangat menakutkan iaitu dijangkiti wabak pandemik COVID-19.

Malah dijangkiti pada usia 59 tahun, mungkin menyebabkan kesukaran selain sangat berisiko tinggi untuk sembuh.

Terima Kasih Frontliner..

Seorang guru meluahkan perasaan terharu dan terima kasih kepada petugas perubatan selepas dirinya sembuh daripada jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di sini.

Menerusi Astro Awani, guru dari Kota Samarahan itu dijangkiti Covid-19 pada usia 59 tahun dan mungkin berisiko tinggi untuk sembuh.

Menurutnya, pengalaman berada selama 23 hari di tiga pusat kuarantin yang berbeza itu bukanlah satu perkara yang indah untuk dikenang meskipun layanan terbaik diberikan ketika pemeriksaan serta rawatan.

Sejak dimasukkan ke wad pesakit COVID-19 di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 23 Mac lalu, layanan terbaik diberikan semasa pemeriksaan serta rawatan yang dijalani.

Dia kemudian dipindahkan ke Pusat Saringan Kompleks Belia Sukan (KBS) dan ditempatkan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Kuching sebelum dibenarkan pulang sebaik sahaja didapati benar-benar sembuh dari penyakit itu.

Tinggalkan Sepucuk Surat..

Lebih mengharukan beliau meninggalkan sepucuk surat buat titipan petugas barisan hadapan khususnya kakitangan kesihatan yang mengharungi perang menentang wabak ini.

Malah, setiap perkataan diungkap pada surat itu juga amat bernilai selain menghargai usaha dan pengorbanan doktor dan jururawat yang bertungkus – lumus merawat serta menjaga pesakit.

Ini kandungan surat yang dititipkan bekas pesakit itu kepada petugas barisan hadapan.

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera,

Saya ucapkan setinggi tinggi penghargaan terimakasih kepada frontliner kesihatan, dr,Pegawai kesihatan, jururawat, pengawal keselamatan, yang bertugas di KBS.

Perkhidmatan yang sangat mulia dan tahap perkhidmatan yang cemerlang telah dicurahkan kepada kmai pesakit di KBS, segala keikhlasan ketabahan, kecerian jelas terpancar diwajah tuan puan, saya sangat terharu dan amat menghormati tuan tuan semua. Tuan adalah antara yang terbaik.

Terima kasih atas segala bimbingan, nasihat, segala pengawasan kesihatan kami yang telah dijaga dengan rapi, makan minum disediakan, pakaian kami sering ditukar, kesihatan kami sentiasa dijaga, masalah dan permohonanan kami juga dilayan dengan baik.

Hanya Allah yang dapat membalas budi dan jasa kalian semua. Saya mendoakan semoga klian serta keluarga terus dilindungi dari jangkitan virus dan sentiasa diberi kesihatan terbaik sepanjang masa. Amin sekian terima kasih”.

Penulisan yang biasa, tetapi mampu menusuk ke jiwa, mungkin wang ringgit bukan ukuran untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka, tetapi dengan sedikit ucapan penghargaan cukup meredakan.

Dia yang disahkan bebas dari jangkitan Covid-19 pada 14 April lalu diberikan pelepasan untuk kembali ke rumah bersama keluarga.

Untuk rekod, Labuan mencatatkan jumlah kes keseluruhan sebanyak 13 kes.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya