Connect with us

#pop

Bekas Suami Sempat Bagitau, “Takkan Ada Yang Nak Janda Anak 5”

Peristiwa terpahit dialami oleh Nur Hidayu Rosly, 33 menjadi buah mulut netizen di Malaysia selepas dia dicurangi dan diceraikan oleh suaminya, Imam Muda Syed Faris, 34 dan Syed Faris sudah berkahwin dua.

Syed bukan hanya meninggalkan isteri dan lima anak, tetapi dia juga didakwa bertindak mengasari Hidayu tanpa perasaan belas kasihan.

Menurut guru sekolah tadika bertempat di Puchong, bekas finalis program dakwah itu mengugut Hidayu bahawa dia mahu mengambil kesemua lima anaknya bila dia kahwin lain.

Tambahnya, Syed Faris guna aplikasi pengesan lokasi bertujuan untuk mengetahui gerak geri dan lokasi Hidayu berada.

Bukan itu sahaja, Syed Faris atau nama sebenarnya Syed Mohd Faris Syed Roslan mengatakan kepada kawan baiknya bahawa tiada seorang pun berkenan mahu mengahwini janda anak lima seperti Hidayu.

Bekas Suami Sempat Bagitau,

Hidayu bertindak mendedahkan perbuatan Syed Faris yang menceraikan dia dan berkahwin untuk kali kedua secara senyap di Songkla, Thailand pada tanggal 18 Mac 2020.

Tanggal 28 Mei 2020, pasangan itu bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Dua hari sebelum penceraian dilakukan, mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-13.

Kata Hidayu, Syed Faris mula berubah sikap dan sifat sebaik sahaja habis sertai Program Imam Muda pada tahun 2014.

“Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga.

“Saya juga merahsiakan kepincangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu sendiri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang,” katanya ketika ditemui pihak BH Online.

Dakwa Hidayu, Syed Faris pernah menjalinkan hubungan secara senyap dengan enam wanita, selepas tamat program Imam Muda.

“Syed Faris tak menunjukkan sikap agresif ketika menjalinkan hubungan dengan lima wanita terdahulu. Namun, bersama wanita keenam yang kini isteri baharu, sikapnya mula berubah. Ada kala tak pulang ke rumah selama tiga hari dan pernah mengasari saya.

“Bekas suami juga tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

“Bekas suami, seorang ustaz tidak mungkin tak tahu nafkah adalah satu kewajipan. Dalam ceramahnya mengenai isu poligami, dia sering menekankan suami perlu berlaku adil, tetapi kenapa tak amal apa yang diajar? Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, Syed Faris mengugut mahu mengambil dua anak yang masih kecil,” luah Hidayu.

Tambah Hidayu, dia muncul dan mendedahkan masalah rumah tangganya bertujuan bukan untuk membuka aib kedua-dua pihak tetapi hanya mahu mengingatkan kepada masyarakat bahawa dirinya itu tidak bersalah.

“Ini kerana ramai memandang serong terhadap saya selepas kami bercerai. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib dengan saya.

“Saya mahu mengubah persepsi masyarakat yang suka menuduh ibu tunggal suka mengganggu rumah tangga suami orang,” katanya.

Apa-apa pun, kita doakan sahaja semoga Allah SWT meredhai keputusan yang dilakukan oleh Nur Hidayu Rosly. Semoga Allah memberkati dia dan anak-anaknya, In Shaa Allah.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending