Connect with us

#celeb

“Beli Follower Kang Rasa Menipu Pulak” – Amerul Affendi Kesal Station TV Letak Syarat 500k Follower Kalau Nak Berlakon

Mohd Ameerul Affendi bin Mohd Mawardi atau lebih dikenali sebagai Ameerul Affendi baru-baru ini menyindir beberapa pihak produksi dan stesen televisyen apabila mereka utamakan populariti di media sosial sebagai kriteria untuk berlakon.

Pelakon filem terkenal Polis Evo itu ragu-ragu apa yang perlu dilakukan untuk meningkatkan bilangan pengikut di akaun Instagram milikya untuk mencapai sejumlah 500,000.

“Instagram baru ada 100,000 followers. Maknanya lambat lagilah stesyen televisyen nak ambil berlakon dalam produksi mereka.

“Sebab depa kata 500,000 baru dipertimbangkan.

“Nak beli follower kang saya rasa menipu pihak stesen televisyen pula. Bukankah itu berdosa? Jadi apa patut saya buat?” ciapnya di Twitter baru-baru ini.

Sindiran Ameerul itu menarik perhatian rakan selebriti yang lain termasuklah Sharifah Amani dan Bront Palarae.

“Patut bersyukur bro. Tak keluar TV tapi masih disayangi dan dihormati. Tuhan jaga mu dari noda dan goda,” tulis Bront.

“Ini sebabnya anda perlu follow pelakon kegemaran anda di Instagram. Tak cukup followers bermakna tiada job bermakna tidak cukup duit untuk menyara keluarga.

“Ya, tak masuk akal tapi benda ini memang terjadi,” tambah Amani.

Pandangan yang diketengahkan oleh Ameerul mendapat sokongan orang ramai dan selepas dari hal itu, jumlah pengikut akaun Instagram Ameerul bertambah 1,000 pengikut.

Sepatutnya pihak stesyen televisyen haruslah meletakkan keutamaan pada nilai dan kualiti dalam pemilihan calon-calon pelakon, bukannya memberikan alasan perlukan pengikut Instagram sampai 500,000 orang.

Adakah stesyen televisyen inginkan marketing free dari pelakon dengan mempromosikan filem dan drama lakonan mereka di Instagram peribadi milik masing-masing?

Stesyen televisyen kurang yakin dengan filem dan drama sendiri ke sampai perlu buat macam ini?

Pada pelakon-pelakon yang kurang meraih populariti harapnya dapat mengambil inisiatif sendiri dengan menggunakan platform media masa untuk terus berkarya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending