Connect with us

#vvip

Beliau Meningg4l Sewaktu Sujud Kepada Allah SWT Didalam Raudhah Di Masjid Nabawi

Pak Timbul yang berusia 63 tahun berasal dari Desa Niwen Sidorahayu Kec Wagir dan kini menetap di Kebonagung Kab Malang, telah dijemput ilahi sewaktu menunaikan solat tahajjud di penghujung malam saat solat witir di Raudhah Masjid Nabawi Kota Madinah Saudi Arabia. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’, Madinah.

Untuk makluman, Raudhah merupakan taman syurga sepertimana disebutkan dalam hadith sahih, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah (taman) diantara taman-taman syurga”.

Tidak dinafikan bahawa kematian arwah sangat indah. Daripada insan yang menetap di desa dari negara yang jauh namun akhirnya menetap di Baqi’, temapat kuburan para Sahabat dan Keluarga Rasulullah SAW.

Anak perempuan Pak Timbul, Wiwik dan suaminya Mudianto yang menetap di Kel Bakalan Krajan Kec Sukun Malang kongsikan kisah amalan Arwah sewaktu dia hidup, selain mendapat Khusnul Khotimah, adalah;

* Kalau Aidil Adha selalu Qorban dengan kambing yang besar sehingga harganya mahal

* Banyak berdzikir kepada Allah

* Rajin puasa sunnah Isnin dan Khamis

* Suka membantu orang tidak mampu

* Rajin solat berjemaah di masjid bahkan beliau selalu datang pertama ke masjid dan pulang paling akhir

* Sabar dalam menjalani kehidupan

* Selalu mengajak orang lain untuk solat

* Menitikberatkan pendidikan Al-Qur’an di desanya bahkan rumahnya diguna untuk mengajar Al-Qur’an.

Berikut adalah amalan-amalan yang harus kita ikuti dan diamalkan. Boleh jadi, Pak Timbul mempunyai amalan yang lain tetapi menjadi rahsia antara arwah dan Tuhan sendiri.

Kematiannya yang indah adalah akumulasi dari kelakuan selama seseorang itu masih bernafas. Jika sewaktu hidup melakukan kebaikan lahir batin, In Shaa Allah meninggal dalam kondisi yang baik.

Bagi individu yang berkelakuan tidak baik, masih ada waktu untuk bertaubat, kerana Allah Maha Pengampun.

Sumber: suaraituakanterdengar

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya