Connect with us

#news

Benarnya Janji Allah; Erdogan Umum Penemuan Telaga Minyak 350 Billion Meter Padu

Baru-baru ini, Turki mendapat rezeki yang melimpah ruah tanpa disangka-sangka. Presiden ke-12 Turki, Recep Tayyip Erdogan melihatkan perkara ini sebagai rahmat dari Allah SWT selepas dugaan yang dihadapi Turki.

Menerusi kongsian dari seorang professor di Universiti Leiden, Belanda, mari kita menelaah apa yang sebenarnya terjadi di Turki kini.

1. Siapa sangka di saat Turki diser4ng hebat dari segi politik, disekat hebat dari segi ekonomi, dan diper4ngi dahsy4t dari segi ketenteraan kerana pendirian Islamis di pentas antarabangsa hari ini Allah s.w.t membuktikan janji Dia akan membantu hambaNya yang memperjuangkan agama-Nya itu benar.

2. Turki baru sahaja mengumumkan penemuan gas terbesar di Laut Hitam dalam sejarah kuasa Islam itu yang bakal menamatkan kebergantungan kepada import tenaga asing.

3. Penemuan ini cukup krit1kal kerana Turki saat ini berada dalam pelbagai tek4nan antarabangsa kerana pendirian Islamis kerajaan pimpinan Erdogan ini,
antaranya ialah mengembalikan status Ayasofya warisan Sultan Muhammad al-Fatih sebagai masjid serta menent4ng tindakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan 1sr4el.

4. Mata wang Lira Turki juga berada dalam keadaan teruk terutamanya selepas Amerika Syarikat mengenakan beberapa sek4tan ke atas Turki.

5. Malah, Turki juga disingk1rkan daripada projek pesawat pejuang F-35 dari Amerika hingga kerug1an mencecah setengah juta USD semata-mata membeli sistem pertahanan udara S-400 dari negara Rusia.

6. Segala sek4tan dan tek4nan ini tidak mengh4lang Turki pimpinan Erdogan untuk terus memelihara 3 juta pelarian Syria di dalam negaranya.

7. Segala sek4tan dan tekanan ini juga tidak mengh4lang Turki daripada terus menaja pelbagai biasiswa pelbagai peringkat pendidikan kepada warga bukan Turki termasuklah rakyat Malaysia dan negara-negara Islam dan bukan Islam.

8. Paling penting, segala sek4tan dan tek4nan antarabangsa ini tidak sama sekali mematahkan semangat Erdogan untuk menegakkan syiar Islam di dalam dan luar Turki.

9. Lebih simbolik, penemuan 320 bilion meter padu gas di Laut Hitam itu dilakukan oleh kapal bernama ‘Fatih’ sempena gelaran nama penguasa Uthmaniyyah yang menakluki Constantinople, Sultan Muhammad al-Fatih.

10. Sebelum ini Turki bergantung pada bekalan dari Rusia dan Iran di mana tahun lalu sahaja import tenaga Turki adalah bernilai sebanyak USD41 bilion.

11. Penemuan gas ini bakal memberi impak gergasi bukan sahaja ke atas trajektori kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik dan ketenteraan Turki.

12. Jika rancangan projek pesawat pejuang generasi kelima Turki ingin diteruskan selepas dis1ngkir Amerika daripada F-35, Turki kini berpeluang menggunakan pendapatan tambahan ini dengan menyertai projek Sukhoi SU-57 bersama negara Rusia.

13. Penemuan simpanan gas yang bakal melonjakkan kuasa ekonomi Turki dalam keadaan Turki berdepan tek4nan antarabangsa kerana pendirian Islamis
ini benar-benar membuktikan kebenaran janji Allah dalam Surah al-‘Imraan yang bermaksud;

“Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengal4hkan kamu; dan jika Ia mengal4hkan kamu,
maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)?

Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri”.

Alhamdulillah, syukur atas nikmat dikurniakan Allah terhadap Erdogan dan negaranya. In Shaa Allah Turki akan menjadi negara yang disanjungi persada dunia kelak.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda. – sepitbiru

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya