
Tiada angin tiada ribut, ikatan pertunangan Anju dan Datuk Seri Khazlan Elzey yang belum sampai sebulan ternyata benar-benar sudah terputus. Mereka tidak mendedahkan sebarang punca sebenar, tetapi hanya meminta maaf kerana masing-masing tidak sempurna.
Stop gunakan saya…Kalau sayang, rindu, benci atau tak puas hati text direct. Namun dalam kenyataan terbaru yang dimuat naik ke TkTok, Anju nampaknya memberikan peringatan kepada DS Elzey agar tidak lagi menjadikan dirinya sebagai content.
Selaku orang dewasa yang seharusnya bersikap matang, aktres ini berharap bekas tunangnya boleh hubungi secara langsung jika ada keperluan. Selain meminta maaf secara terbuka, Anju juga berpesan agar DS Elzey tidak melakukan sebarang provokasi kerana dikhuatiri keadaan akan bertambah buruk nanti.
Of course masih boleh bincang…Be a man, fix it. Andai rasa sayang masih ada, Anju akui terbuka untuk menyelesaikan segala kemelut secara damai. Tambahan pula sebagai seorang anak jantan, lebih baik datang bersemuka berbanding hanya muat naik video ke laman sosial.
Takde jodoh…Apa-apa pun terima kasih Abot, saya hargai. Meskipun percintaan mereka singkat, Anju amat menghargai segala kenangan manis yang sempat diukir bersama. Ini termasuklah ikatan erat yang terjalin bersama anak DS Elzey iaitu Julia Sharapova.
Terdahulu, Kekasih pelakon, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey memaklumkan berat badan bukanlah menjadi isu kepada pengakhiran hubungannya bersama aktres tersebut seperti mana yang didakwa oleh netizen di media sosial.
Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Khazrul di laman TkToknya, dia menjelaskan kepada umum selepas menjawab pertanyaan daripada seorang individu dimana dia tidak pernah meminta Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju untuk menurunkan berat badan jika mahu berkahwin.
Ujarnya, kenyataan tersebut hanyalah gurauan daripada Anju dan tidak menyangka perkara tersebut menjadi perhatian media sebelum ini.
“Asalamualaikum, saya tak pernah kata pada Anju kalau tak turun 55 kilogram saya tak nak kahwin. Anju dah kata dia hanya bergurau isu ini tak sangka jadi viral.
Sumber : pnews
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Leave a Reply