Connect with us

#pop

“Biar Mereka Bayar Sendiri” – Berikutan 4 Klvster Baru, Najib Mahu Arahan Ini Disemak Serta Merta!

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan untuk mengeluarkan arahan kuarantin dirumah sendiri disemak serta-merta.

Hal ini berkait dengan kewujudan baru empat kluster Covid-19 di Malaysia dimana tiga daripadanya membabitkan indeks orang yang tiba dari luar negara.

Beliau menegaskan bahawa individu yang terlibat harus dianggap sebagai kes suspek dan perlu dikendalikan seperti diatas sehingga ke pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.

Katanya:
“Jika kos merupakan faktor kenapa membenarkan kuarantin di rumah, saya percaya mereka yang tiba atau pulang dari luar negara mampu menampung kos bagi kuarantin 14 hari dalam pusat kuarantin rasmi negara atau dalam hotel-hotel yang telah disyorkan kerajaan.

“Suruh mereka bayar sendiri”

“Dan sesiapa yang ingkar kuarantin wajib perlu berdepan dengan penjara mandatori dan bukan dengan denda kompaun RM1,000 sahaja. Hanya lepaskan mereka selepas kuarantin wajib 14 hari dan disahkan negatif,” kata Najib dalam status yang dimuat naik di laman sosial Facebook.

Sebelum ini, kerajaan mengarahkan semua individu yang pulang dari luar negara melalui semua jenis laluan masuk perlu diasingkan ke pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaaan.

Namun, arahan itu perlu dikaji semula atas sebab kos yang tinggi dan kerajaan mula mengarahkan individu menjalani proses kuarantin di rumah masing-masing pada 10 Jun lalu.

Najib menambah, jika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan semula, kemungkinan rakyat Malaysia dan berbagai sektor dalam negara akan terjejas teruk.

“Warga Malaysia tidak mahu apa yang menimpa negara Australia sekarang yang kini mengalami gelombang kedua C0vid akibat kelemahan sistem kuarantin mereka berlaku di Malaysia

“Saya percaya Rakyat Malaysia tak larat untuk mengulangi Perintah Kawalan Pergerakan (selama) enam minggu lagi setelah kita sudah berk0rban 2 bulan. Kerugian kepada ekonomi kita jika kita terpaksa mengulangi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah sangat besar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

C0vid-19: Rasa puas hati menghasilkan kegagalan

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah mengulas kes kewujudan baru empat kluster Covid-19 ni negara ini.

Beliau menulis “Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan,”

Beliau tidak pernah mengalah menyuarakan kata-kata berkenaan kewajipan mematuhi Prosedut Operasi Standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data kluster terbaharu itu.

Laporan Klvster C0vid-19 yang aktif di Malaysia

Tiga daripada dominan kluster tersebut membabitkan individu yang baru pulang ke tanahair dari luar negara.

Walaupun tidak mengalami gejala dan simptom sewaktu menjalani saringan pertama, namun beberapa hari selepas itu, masing-masing disahkan positif Covid-19.

Dr. Noor Hisham mengatakan dalam laman sosial Facebook-nya, inilah akibat jika prosedur SOP tidak diamalkan dengan baik.

“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati. Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada.

“Tanggung jawab memutuskan rantaian C0vid-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi. Semenjak 10 Jun lalu, cadangan supaya arahan kuarantin di rumah masing-masing disuarakan dari banyak pihak susulan penemuan emoat kluster baru. – MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazette via musangviral

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Mario

    Julai 20, 2020 at 6:19 am

    I don’t even know how I ended up here, but I thought this post was
    great. I don’t know who you are but certainly you are going to a famous
    blogger if you are not already 😉 Cheers!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya