Connect with us

#news

Berikutan 4 Hari Berturut Kes Baru Meningkat, Rentas Negeri Masih Boleh Hari Ini Tapi Esok Lusa Belum Tentu Lagi

Tiga angka kes positif Covid-19 adalah kriteria diperlukan kerajaan untuk melaksanakan semula Perint4h Kaw4lan Perger4kan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan jika angka kes meningkat secara berterusan, mengembalikan semula arahan Perint4h Kaw4lan Perger4kan dan mengehadkan perger4kan adalah pilihan terakhir yang akan dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Kes sedang meningkat

“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri.

“Kita lupa apabila kita melangg4r prosedur operasi standard (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat.

“Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok,” kenyataannya dalam sidang media selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, hari ini.

Rentas negeri masih boleh

Mengulas lebih lanjut, Datuk Ismail mengatakan bahawa buat masa ini, kebenaran untuk merentas negeri masih berkuatkuasa melainkan esok hari ada pengumuman.

Dalam waktu yang sama, beliau turut meminta agar rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan SOP ditetapkan dan menjaga kebersihan diri serta tidak terlalu berharap pada pasukan pihak keselamatan.

“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keuarga terdekat supaya mengikut SOP.

“Apa yang membimbangkan Aidiladha nanti bila acara sembelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya yang turut memaklumkan pintu sempadan negara masih ditutup.

Sebagai rakyat yang prihatin, marilah kita bersama banteras wabak membunvh ini dengan mengamalkan SOP dan menjaga penja4rakan sosial ketika diluar. Semoga kita terus istiqomah mematuhi arahan yang diwajibkan oleh pihak kerajaan.

Kerajaan juga sepatutnya mengetatkan lagi SOP dan kaw4lan untuk rakyat yang pulang dari luar negara kerana dari awal penvlaran, kita dapati punca utama datangnya dari rakyat yang terbang pulang ke tanah air.

Usaha rakyat dan kerajaan selama ini akan sia-sia jika kejadian yang sama berulang kembali – kluster luar negara punca utama

Sumber: Hmetro

 

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya