Connect with us

#news

Berikutan Kes Covid-19 Semakin Meningkat, Sekolah Rendah Dinasihatkan Tutup Semula

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia disarankan untuk menutup semula institusi sekolah rendah atas sebab penularan wabak pandemik masih lagi berleluasa di negara ini.

Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengatakan bahawa murid sekolah rendah terutamanya darjah satu hingga darjah tiga masih tidak memahami definisi penjarakan sosial.

“Mereka (murid SK) ini tidak akan buat dan tidak faham penjarakan sosial, tak akan hendak mengharapkan cikgu jaga semua.”

“Saya sendiri sempat meninjau di SK Jalan Bahagia, Temerloh dan saya dapati murid-murid khususnya darjah satu hingga darjah tiga, mereka tidak faham dan tidak bersedia untuk mula bersekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Sesi persekolahan murid darjah satu hingga darjah empat beroperasi secara umum semalam, manakala untuk murid darjah lima hingga darjah enam telah dibuka semula pada tanggal 15 Julai lalu.

Menurut Mohd. Sharkar, beliau ujar bahawa kerajaan tidak sepatutnya melakukan tindakan tergesa-gesa atau nanti apabila kluster baru melibatkan murid sekolah rendah wujud, baru mahu bertindak.

Selain dari hal diatas, Mohd. Sharkar juga cadangkan pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga diarahkan cuti.

“Hanya pelajar dari tingkatan empat hingga lima yang terlibat dalam sesi persekolahan sehingga kita benar-benar yakin penularan wabak ini dapat dikawal sepenuhnya dan vaksin ditemui,” katanya.

Pemakaian pelitup muka diwajibkan bermula 1 Ogos – Ismail Sabri

Berikutan Kes Covid-19 Semakin Meningkat, Sekolah Rendah Dinasihatkan Tutup Semula

Bermula pada 1 Ogos 2020, arahan untuk memakai pelitup muka ‘mask’ akan diwajibkan di kawasan sesak terutamanya pengangkutan awam dan lain-lain.

Datuk Seri Ismail Sabri selaku Menteri Kanan Pertahanan mengatakan hal demikian dibuat dengan melihat kadar kes yang meningkat semula selain dari kepatuhan rakyat terhadap standard operation procedure (SOP) semakin kurang.

“Kadar pematuhan SOP di kalangan orang ramai semakin menurun termasuk di dalam pengangkutan awam termasuk pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial dilihat tidak dipatuhi.

“SOP di tempat-tempat awam yang bersesak tidak diendahkan oleh segelintir pihak jadi kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos di kawasan awam yang sesak,” katanya ketika sidang media harian perkembangan Perint4h Kawa4an Perger4kan Pemulih4n pada hari Khamis.

Sementara itu, Ismail Sabri juga mengulas berkenaan pematuhan SOP di premis makanan yang dilihat seperti tidak mengambil berat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Terdapat premis makanan yang tidak endahkan pematuhan SOP seperti penjarakan meja meskipun kerajaan telah memberi kelonggaran.

“Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis termasuk pengunjung yang gagal mematuhi SOP sama ada kompaun, tindakan mahkamah, atau penutupan kedai,” katanya lagi.

Menteri Kanan Pertahanan itu menegaskan bahawa semua keputusan diambil kira tentang keadaan perkembangan pandemik Covid-19 di Malaysia dengan ada penambahan kluster baru, kes meningkat dan nasihat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sumber: Utusan dan astro awani

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending